March 29, 2024

Korang Dah Strim Disney+ Hotstar Ke Belum?

Disney+ Hotstar

Korang dah layan Disney+ ke belum?

Jika belum, apa kata korang strim Disney+ Hotstar bermula hari ini. Dimana korang boleh strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod termasuk filem pecah panggung dan siri-siri Marvel, kandungan kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem-filem dan siri drama tempatan serta Asia yang terkenal.

Semuanya melalui aplikasi Disney+ Hotstar.

Cara Untuk Strim  Disney+ Hotstar

Jika korang merupakan pelanggan Astro, berikut adalah beberapa cara untuk menikmati ‘bundle’ nilai menarik yang membolehkan korang menikmati Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021:

  • Pelanggan ‘Movies Pack’ akan menikmati akses ke aplikasi dan laman rasmi Disney+ Hotstar (DisneyPlusHotstar.my), sebagai sebahagian daripada ‘Movies Pack’ yang baharu, lebih besar dan menarik yang disediakan dengan tambahan RM5 bulanan. Selaku pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia, Astro dapat memberikan tawaran terbaik untuk pelanggannya.
  • Pelanggan lain juga boleh strim Disney+ Hotstar dengan ‘bundle’ berbaloi melalui ‘Starter Plus Pack’ pada harga RM68.82 sebulan atau ‘Value Plus Pack’ pada harga RM87.50 sebulan.
  • Sebagai alternatif, para pelanggan boleh menambah langganan ke Disney+ Hotstar pada harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan ke dalam pakej sedia ada mereka.

Korang boleh mendaftar melalui astro.com.my/Disney.

Macam Bro yang sememangnya pelanggan setia Astro, hanya perlu tambah RM5 sebulan pada bil bulanan Astro dengan syarat korang ada melanggan ‘Movies Pack’. Kiranya dah jimat banyak dekat situ berbanding yang lain.

Pelanggan ‘Movies Pack’ yang sedia ada dan pelanggan Astro yang lain diingatkan agar mengikuti langkah mudah ini sebelum mereka boleh mula strim.

  1. Daftar Astro ID: Untuk pelanggan yang belum mencipta Astro ID, korang perlu berbuat demikian melalui astro.com.my/astroID. Pengguna Astro GO boleh menggunakan ID mereka yang sedia ada.
  2. Aktifkan (bermula 1 Jun 2021): Korang perlu layari astro.com.my/Disney, log masuk dengan Astro ID, masukkan nombor telefon bimbit untuk mengaktifkan kelayakan.
  3. Strim (bermula 1 Jun 2021): Selepas berjaya mengaktifkan (Langkah 2), korang perlu muat turun aplikasi Disney+ Hotstar dari Apple App Store atau Google Play Store dan log masuk menggunakan nombor telefon seperti di Langkah 2. Kemudian, korang boleh mula strim kandungan filem dan program kegemaran di aplikasi Disney+ Hotstar.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari astro.com.my/Disney

Para pelanggan perlu mengikuti langkah-langkah yang tertera untuk mengaktifkan akses mereka ke Disney+ Hotstar pada 1 Jun.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Korang Dah Strim Disney+ Hotstar Ke Belum?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *