Mini Karnival Didi & Friends’ akan di Center Atrium Alamanda, Putrajaya pada 23 hingga 27 November 2016 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam.
Selain booth karaoke Didi & Friends, pengunjung juga boleh beramah mesra dengan maskot Didi & Friends seperti Didi, Jojo, Nana yang akan menemui adik-adik semua di sana.
Mini karnival ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun Astro Ceria yang ke-10.
Jangan lupa lagu baru Didi & Friends yang akan disiarkan di Astro Ceria & YouTube mulai 28 November2016.
Hora Horey!
Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda, Putrajaya
Walaupun cuti sekolah belum lagi bermula, hari pertama Mini Karnival Didi & Friends ini mendapat sambutan yang mengalakkan terutama dari kanak-kanak (ke ibu bapa?)
Terdapat banyak aktiviti yang menarik menanti anda semua disini. Antaranya ;-
- Ambil Gambar di Dunia Mini Didi
- Karaoke Lagu Didi & Friends
- Pertunjukan Musikal
- Ramah Mesra Bersama Maskot Didi & Friends
- Sesi Bercerita
- Sesi Pemberian Hadiah
- Jualan Barangan Didi & Friends
- Pertandingan Mewarna
- Dan banyak lagi
Maka, ada baiknya anda tidak melepaskan peluang ini membawa anak-anak ke Mini Karnival Didi & Friends yang berlangsung dari 23-27 November 2016 bertempat di Alamanda Shopping Centre Putrajaya dari pukul 10 pagi – 10 malam.
Pasti dapat menceriakan hari anak-anak anda ;)
Baca : Mini Karnival Didi & Friends diceriakan oleh Caliph Kids Expert.
wah ni mesti pergi ni, anak2 peminat didi
Pergi, jangan tak pergi….
Nakkk pi lah , Skg dah jadi org putrajaya . #Eh
Untung la…. Hang dok Putrajaya ke? Patut la makin susah nak jumpa retis sorang nie.
bocoran fajar pakong jelambar SGP dan HK
tak berapa tau pasal karaktor didi n friend. selalu dengar je nama dia hahahaha
Tak pe, faham…. budak2 lagi.. xde anak, memang macam tue.