May 21, 2025

Anak Tidak Sepatutnya Terdedah Kepada Gajet Lebih Sejam Sehari

Anak Tidak Sepatutnya Terdedah Kepada Gajet Lebih Sejam Sehari
American Academy of Paediatrics (AAP) mengesyorkan bahawa kanak-kanak berusia antara dua dan lima tahun tidak sepatutnya terdedah kepada skrin peranti melebihi satu jam sehari.

Ini kerana dalam tempoh beberapa tahun pertama kehidupan mereka, otak kanak-kanak berkembang dengan pantas dan mereka sepatutnya belajar melalui interaksi dengan manusia bagi membina kemahiran sosial.

Walau bagaimanapun, dalam garis panduannya AAP menasihati untuk mempertimbangkan kualiti kandungan dalam peranti dan bukan sekadar menetapkan had masa semata-mata.

Isu ini telah diperbincangkan melalui sesi dailog yang dianjurkan sempena ulang tahun yang ke-40, Gymboree Play and Music, peneraju dunia dalam penyediaan kelas bagi kanak-kanak berusia 0-5 tahun.

Ianya bagi membincangkan aspek positif dan negatif membesarkan kanak-kanak dalam persekitaran kehidupan generasi berteknologi.

40th Anniversary - Gymboree Play and Music

Ahli panel yang telah dijemput terdiri daripada Michelle Lim Chua, penulis buku “The Mindful Mum”; Dr. Chow Su Lin, perunding pakar pediatrik dan salah seorang pengasas Baby and Beyond Child Specialist Centre; dan Ooi Kim Koon, Pengarah Urusan Gymboree Play and Music Malaysia.

Sesi dialog ini telah diadakan di cawangan Gymboree Play and Music di Bangsar Village.

Topik yang dibincangkan dari pelbagai aspek membesarkan kanak-kanak dengan mengurangkan penggunaan teknologi dalam kehidupan harian mereka.

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil masa kini sering menggunakan peralatan mudah alih seperti telefon pintar dan tablet untuk memujuk atau mengalih perhatian anak-anak kecil dengan memainkan kartun, justeru, memberikan mereka masa untuk berehat.

Walaupun penggunaan teknologi untuk mendisplin atau mengalih perhatian anak-anak adalah sesuatu yang senang, namun ia juga boleh membawa risiko pendedahan melampau peranti tersebut kepada kanak-kanak.

Keadaan ini boleh menyebabkan ketagihan kepada peralatan berkenaan yang akan mengakibatkan situasi di mana kanak-kanak akan hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti lain dan sering menunjukkan tanda-tanda gelisah, cemas dan masalah tingkah laku.

Usia 0-5 tahun adalah tempoh di mana usaha ibu bapa mendidik anak-anak akan memberi impak paling besar dalam membina corak minda mereka kerana kanak-kanak sedang mengalami perkembangan sosial, emosi dan kognitif yang pesat sepanjang tempoh tersebut.

Perkukuhkan hubungan dengan mereka dalam jangkasa masa ini untuk membina asas teguh yang akan berkekalan sepanjang hidup anda. Pada usia ini, merekalah makhluk paling nakal, menakjubkan dan ajaib yang dianugerahkan kepada anda.” Kata Dr. Chow Su Lin, perunding pakar pediatrik dan Pengasan Bersama Baby and Beyond Child Specialist Centre.

Michelle Lim-Chua, penulis “The Mindful Mom” pula berkongsi pengalaman bagaimana beliau telah menetapkan garis panduan untuk diri sendiri dan keluarga berhubung teknologi dengan tujuan agar dapat memberi lebih tumpuan dan perhatian terhadap anak-anak beliau.

Sebelum kita mula berbincang tentang membesarkan anak-anak dalam era digital ini, sebagai ibu bapa, kita sendiri perlu melihat kepada hubungan kita dengan teknologi dan media sosial, dan bertanya kepada diri sendiri sama ada kita menampilkan contoh tingkah laku yang sihat dan seimbang yang kita harap dapat diikuti oleh generasi masa depan,”

Gymboree Play & Music Peneraju Global Pembangunan Awal Kanak-Kanak

40th Anniversary - Gymboree Play and Music

Dengan lebih dari 700 buah pusat di 40 negara di seluruh dunia, Gymboree Play & Music muncul sebagai peneraju global dalam pembangunaan awal kanak-kanak.

Kurikulum yang diguna pakai telah dibangunkan oleh pelbagai pakar kanak-kanak khusus untuk membantu ibu bapa memahami dan menyaksikan sendiri impak besar yang dicetuskan oleh permainan, muzik dan seni ke atas bayi baru lahir hingga ke usia lima tahun dengan peningkatan 6 bulan sekali untuk memenuhi kemampuan dan perkembangan unik setiap kanak-kanak.

Gymboree Play & Music berperanan sebagai tempat di mana ibu bapa boleh mendapatkan pengalaman bermain sebenar dengan anak-anak mereka sambil turut mengenali dengan lebih dekat diri mereka sendiri.

Ibu bapa juga akan dapat mengikuti:

  • Kelas-kelas muzik untuk mempertingkatkan perkembangan dengan menggunakan lagu, tarian dan peralatan pergerakan
  • Kelas-kelas seni untuk mencetuskan imaginasi dan melahirkan ekspresi diri
  • Pelbagai bentuk permainan membina yang melibatkan fizikal, sosial, lakonan, penyelesaian masalah
  • Peralatan canggih yang menggabungkan estetika penyelidikan dan pembelajaran daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan budaya bertujuan untuk memberikan pengalaman bermain yang universal dan abadi.

Selama 40 hari bermula pada 12 November, Gymboree Play & Music akan menyambut ulang tahunnya yang ke-40 di seluruh dunia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Anak Tidak Sepatutnya Terdedah Kepada Gajet Lebih Sejam Sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *