17,159,037 total views, 4,577 views today

Caliph Kids Expert Menceriakan Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda, Putrajaya

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya
Caliph Kids Expert menceriakan Mini Karnival Didi & Friends yang berlangsung dari 23-27 November 2016 bertempat di Alamanda Shopping Centre Putrajaya dari pukul 10 pagi – 10 malam.

Ini merupakan kali pertama Digital Durian menganjurkan Mini Karnival Didi & Friends pada cuti sekolah ini.

Pada hari pertama mini karnival ini berlangsung,

Caliph Kids Expert, makanan tambahan kanak-kanak keluaran Raffelinna mengumumkan kerjasama bersama animani popular Didi & Friends.

Turut hadir, Duta Caliph Kids Expert iaitu Mia Sara Nasuha yang turut dipanjangkan kontraknya.

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Menurut Pengarah Urusan Raffelinna, Encik Muhammad Rafi’e Ramli,

Kolaborasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap peranan Caliph dalam membantu ibu bapa dalam perkembangan dan pembesaran anak-anak mereka.

Ini merupakan strategi syarikat yang ingin menyampaikan peranan Caliph dalam membantu ibubapa dan kanak-kanak menjaga dan meningkatkan rangsangan minda kanak-kanak melalui konsep Edutainment.

Secara tidak langsung dapat membantu meningkatan peranan ibu bapa dalam memberikan segala yang terbaik untuk anak-anak terutama bab pemakanan”

Caliph dan Didi & Friends berkongsi visi yang sama bagi melahirkan generasi kanak-kanak yang sentiasa ceria dan mampu mengurangkan kerisauan ibu bapa terhadap perkembangan anak-anak mereka.

Pek Terbaru Jus Caliph Kids (40ml) – Lebih Murah & Mudah Dibawa

Pada majlis ini, pihak Raffelinna turut memperkenalkan pek baru Jus Caliph Kids (40ml) yang lebih murah dan mudah dibawa, selain mampu milik untuk setiap kanak-kanak.

Ianya telah berada dipasaran mulai 23 November 2016.

Hingga kini, Caliph telah mula mengorak langkah ke pasaran antarabangsa iaitu Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Selain itu, syarikat ini juga telah mengeluarkan 2 produk di bawah jenama Caliph Cereal : Bijiran yang dirumus khas untuk kekuatan tulang dan mata serta Caliph Baby yang membantu ibubapa menjaga sistem pencernaan dan menguatkan antibodi bagi bayi yang berumur 7 bulan dan ke atas.

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda, Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya
Walaupun cuti sekolah belum lagi bermula, hari pertama Mini Karnival Didi & Friends ini mendapat sambutan yang mengalakkan terutama dari kanak-kanak (ke ibu bapa?)

Terdapat banyak aktiviti yang menarik menanti anda semua disini. Antaranya ;-

  • Ambil Gambar di Dunia Mini Didi
  • Karaoke Lagu Didi & Friends
  • Pertunjukan Musikal
  • Ramah Mesra Bersama Maskot Didi & Friends
  • Sesi Bercerita
  • Sesi Pemberian Hadiah
  • Jualan Barangan Didi & Friends
  • Pertandingan Mewarna
  • Dan banyak lagi

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda Putrajaya

Maka, ada baiknya anda tidak melepaskan peluang ini membawa anak-anak ke Mini Karnival Didi & Friends yang berlangsung dari 23-27 November 2016 bertempat di Alamanda Shopping Centre Putrajaya dari pukul 10 pagi – 10 malam.

Pasti dapat menceriakan hari anak-anak anda 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 thoughts on “Caliph Kids Expert Menceriakan Mini Karnival Didi & Friends di Alamanda, Putrajaya

  1. Didi & Friends!!!!!
    fav anak buah SA ni..anak- anak SA tu memang bagi makan jus caliph..kalau abih jer masing2 ckp…Mama…nak caliph..kami suka caliph…hahahaha

    1. He…23x adakah itu, petanda dorang nie mudah terpengaruh dengan iklan. Bagus, ada talent jadi duta nie.

  2. Seronoknya tak sabar nak pergi…nak grab caliph dan beg didi tu utk sekolah dia tahun depan yeyy tq bro share

    1. Pergi hari ini kan? Nanti kongsilah cerita dengan bro 😉

    1. Alhamdulillah, waktu-waktu macam nie baru berpeluang bawa anak jenjalan

Leave a Comment