July 25, 2024

Jadikan Pasangan Hidup Sebagai Pendorong Untuk Bangkit Semula di Zaman Pandemik

Ulang Tahun Puan Isteri
Sepanjang perkahwinan, banyak kali aku jatuh tersungkur dan dia nie la yang selalu ada, bagi dorongan kepada aku untuk bangkit semula.

Siapa dia nie? Siapa lagi kalau bukan tulang rusuk ku, Puan Isteri.

Sebagai balasan,

Anak semua aku yang jaga sepanjang hari, 7 hari seminggu. Dari mereka lahir hinggalah sekarang, memang aku yang jaga mereka 100% ala House Husband gitew.

Dan aku juga memudahkan dia untuk sambung belajar sambil berkerja.

Ingat senang nak kerja sebagai frontliner waktu zaman Covid ini? Dah pula tue, kena belajar dan dapatkan result terbaik. Mana tahu ada rezeki dapat biasiswa etc.

Dalam masa yang sama, aku tak akan sesekali berputus asa mencari rezeki untuk keluarga. Walaupun agak terkesan dek PKP dan juga Covid. Walaupun aku kehilangan beberapa sumber pendapatan yang selama ini banyak membantu ekonomi keluarga.

Tapi itu la.

Aku masih ada tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan Aku bukan seorang yang jenis lepas tangan / naik tangan.

Bercerai Disebabkan Oleh Masalah Kewangan Sepanjang PKP

Mencari Cinta Rusdy Ramli

Banyak dengar kes kenalan yang bercerai sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakkan).

Berpunca dari masalah kewangan.

Tertekan bila hilang sumber pendapatan, terbeban hingga rasa xmampu nak pertahankan rumah tangga mereka.

Mana taknya, bila salah seorang atau kedua-duanya kehilangan sumber pendapatan. Ada yang kena buang kerja, ada juga yang kena potong gajinya. Bebanan komitmen bulanan makan bertambah, tak berkurang. Emosi masing-masing tak stabil dan mula marah-marah.

Lagi tertekan bila tak mampu nak bayar sewa rumah, kereta sangkut, belum lagi kes terlibat dengan pinjaman Ah Long.

Memang tertekan bila berada dalam situasi ini.

Apa-apa pun. Bro doakan kita semua mampu bertahan sepanjang tempoh pendemik ini. Harap kita dan pasangan sama-sama beri sokongan dan dorangan antara satu sama lain.

Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan 'Bakal Isteri' Bangkit Semula

Bicara Bro : Puan Isteri banyak memperkenalkan aku dengan dunia masak memasak yang boleh buat duit.

Begitu juga dengan dunia trading.

Dia tahu, aku nie jenis cepat belajar. Manis berkata2 pula tue.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *