Anda boleh menikmati kualiti gambar dan video yang memuaskan menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy A02 dan Galaxy A02s tanpa perlu berbelanja lebih.
Kini ramai yang bergantung pada telefon pintar untuk merakam gambar atau menghasilkan karya fotografi kerana ia begitu mudah dibawa ke mana sahaja.
Tidak hairan jika ada yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera canggih dan boleh menghasilkan foto dan video dengan pelbagai efek menarik. Namun, adakah terdapat telefon pintar yang boleh menghasilkan gambar berkualiti tetapi harganya masih mampu milik?
Bagi anda yang sedang mencari telefon pintar baharu 4G mampu milik yang mempunyai kamera beresolusi tinggi, Galaxy A02 atau Galaxy A02s adalah pilihan yang tepat kerana kedua-duanya dilengkapi kamera belakang 13MP yang mampu menghasilkan gambar yang jelas dan terang dalam apa jua keadaan.
Ia turut dilengkapi kamera makro 2MP untuk anda merakam gambar dari jarak dekat bagi rakaman lebih terperinci.
Galaxy A02 dan Galaxy A02s juga sesuai digunakan sama ada untuk kelas dalam talian atau untuk menjalankan perniagaan dalam talian dengan melakukan Facebook Live mahupun Instagram Live kerana kedua-duanya dilengkapi kamera hadapan 5MP untuk panggilan video yang berkualiti dan lebih jelas.
Jika anda inginkan kamera yang lebih canggih, anda boleh memilih Galaxy A02s yang dilengkapi kamera sensor kedalaman 2MP yang boleh memberi kesan bokeh pada gambar anda.
Gambar swafoto anda juga akan tampak lebih menarik kerana Galaxy A02s mempunyai ciri kesan smart beauty pada kamera hadapannya.
Anda tidak perlu risau untuk menyimpan banyak gambar dan video kerana Galaxy A02 mempunyai storan seluas 32GB manakala storan Galaxy A02s sebanyak 64GB, yang turut membolehkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi pada telefon tersebut.
Jika masih tidak cukup, anda boleh menambah ruang storan tambahan sehingga 1TB dengan kad mikroSD. Jadi tidak perlulah anda untuk memadam gambar atau video lama untuk pastikan ruang storan anda sentiasa cukup dan pastinya dapat membantu memudahkan kerja anda.
Memahami keperluan anda yang memerlukan telefon pintar untuk meneruskan kelangsungan dalam situasi pandemik ini, Samsung dan Digi kini menawarkan penjimatan buat pengguna kumpulan B40 melalui rebat peranti RM180 (bagi individu bujang dan berkahwin tanpa anak) dan rebat peranti RM300 (bagi pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal dengan anak di bawah 18 tahun).
Melalui promosi dan rebat peranti tersebut, anda boleh memiliki Galaxy A02s pada harga RM95 atau miliki Galaxy A02 secara percuma dengan melanggan pelan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle.
Anda boleh memiliki telefon pintar baharu dan data internet dengan langganan pakej tersebut tanpa terikat dengan kontrak.
Kini anda boleh memiliki telefon pintar dan menikmati foto berkualiti tinggi pada harga mampu milik dengan menebus rebat peranti tersebut di laman https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm. Pendaftaran dibuka sehingga 31 Julai 2021. Semak kelayakan anda dan daftar segera!
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.digi.com.my/support/help-center/promotions/jaringan-prihatin-bm/umum.