November 10, 2024

Jaringan Prihatin Yoodo – Menikmati 80GB Data Hanya RM5 Setiap Bulan

Jaringan Prihatin Yoodo
Yoodo, perkhidmatan mudah alih digital sepenuhnya dan boleh ubahsuai yang pertama di Malaysia, memperkenalkan tawaran Jaringan Prihatin Yoodo yang paling jimat di pasaran!

Pas Prihatin Yoodo kini boleh dinikmati oleh pengguna yang layak dengan hanya RM5 sebulan untuk 80GB* data berkelajuan tinggi setiap bulan selama setahun.

Pas yang mulanya diperkenalkan pada harga bulanan RM20 untuk 80GB* data berkelajuan tinggi ini telah dikurangkan kepada hanya RM5 untuk membantu rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran ketika pandemik ini.

Pakej ini memberikan data berkelajuan tinggi bulanan sebanyak 20GB kepada pengguna yang layak, di samping tambahan 2GB harian PERCUMA yang boleh digunakan dalam tempoh satu jam pilihan mereka.

Pengguna yang layak boleh menggunakan tawaran tersebut selama 12 bulan sehingga 31 Julai 2022, iaitu tarikh akhir bagi penebusan tawaran.

Yoodo baru-baru ini juga telah mengembalikan promosi yang menawarkan data sebanyak 20GB dengan harga hanya RM20 setiap bulan. Promosi yang popular tersebut telah diperkenalkan sekali lagi atas permintaan dari pengguna Yoodo sendiri dan kini boleh dinikmati oleh semua pengguna.

Jaringan Prihatin merupakan satu inisiatif yang diselia oleh Kementerian Kewangan dan dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang layak untuk kekal berhubung melalui tawaran internet daripada dana bernilai RM1.5 bilion keseluruhannya.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Jaringan Prihatin Yoodo, sila layari: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin

*Tertakluk terma dan syarat.

Promosi RM20 untuk 20GB Dinikmati Pengguna Yoodo

Yoodo 20GB RM20

Yoodo mendengar suara anda! Yoodo membawakan kembali promosi popular RM20 untuk 20GB untuk dinikmati para pengguna Yoodo.

Pengguna Yoodo hanya perlu membayar RM20 untuk menikmati 20GB data berkelajuan tinggi untuk segala keperluan internet mereka, sama ada bermain beberapa pusingan Mobile Legends: Bang Bang, maraton beberapa siri kegemaran mereka di Netflix, mahupun kekal berhubungan dengan rakan dan keluarga mereka di Zoom.

Promosi ini akan menggantikan promos Double Special Extra yang berakhir pada 22 Jun 2021.

Kemunculan kembali promosi yang paling digemari ini adalah sejajar dengan kempen #WhatYooWant Yoodo, yang mendengar permintaan para pengguna dan memeberikan apa yang mereka mahukan.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran RM20 untuk 20GB dan promosi Yoodo yang lain, sila layari: https://www.yoodo.com.my/2020isback/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *