April 29, 2024

Asianic Kids Sabun Mandian Kanak-Kanak Untuk Seisi Keluarga

Program Citarasa Malaysia KL Gateway Mall

Hujung minggu ini Bro berkesempatan ke Program Citarasa Malaysia yang berlangsung di KL Gateway Mall, Bangsar dari 2 – 5 Ogos 2018.

Dalam banyak-banyak booth yang dibuka, Bro tertarik dengan booth dari Asianic. Lagipun Bro pernah menggunakan produk mereka sebelum ini.

Tak sangka pula, mereka telah memperkenalkan produk mandian terbaru yakni Asianic Kids yang diformulasi khas untuk kanak-kanak bahkan boleh digunakan oleh seisi keluarga.

Asianic Kids ~ Menceriakan Kanak-kanak Ketika Mandi

Produk Mandian Asianic Kids

Hadir dengan haruman buah-buahan yang dapat memberi kesegaran dan bau yang menyenangkan selepas mandi. Bahan didalamnya adalah terpilih dan sesuai untuk kulit kanak-kanak yang bermasalah hingga yang biasa.

Diperkayakan dengan daun lidah buaya dan vitamin E, yang memberi kelembapan pada kulit dan merapikan rambut.

Hadir dengan 2 pilihan bauan – Milk & Peach. Kedua-duanya merupakan bauan yang amat disukai oleh kanak-kanak.

Botolnya pula nampak menarik dengan gambar kartun serta pemilihan warnanya penuh keriangan. Pasti menceriakan waktu mandi kanak-kanak.

Lagipun ianya selamat dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang mampu memberi kesan jangka panjang kepada kanak-kanak kelak.

Asianic Kids boleh didapati pada harga RM16.90 seunit.

Bagaimanapun anda boleh dapatkan ia pada harga promosi sekiranya datang ke KL Gateway Mall sepanjang Program Citarasa Malaysia berlangsung (Alamak, esok last day…!!!)

Selamat tadi Bro dah borong beberapa botol untuk ‘stock’ mandian anak bagi beberapa bulan mendatang. Korang pula?

Anda boleh juga membelinya secara online di www.wonderlandprimary.com , Facebook Asianic Halal & Kedai 24 Jam KK Mart.

Untuk jangka masa akan datang, produk mandian kanak-kanak Asianic ini akan berada di pasaraya besar diseluruh Malaysia.

Berminat untuk menjadi pengedar / mengetahui lebih lanjut mengenai koleksi penjagaan diri kanak-kanak Asianic? Anda boleh emailkan ke dila@wonderlandprimary.com 

Asianic Kids Travel Pack

Nota Kaki : Asianic juga bakal memperkenalkan produk Asianic Kids Travel Pack. Stay tune…!!! 

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Asianic Kids Sabun Mandian Kanak-Kanak Untuk Seisi Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *