May 19, 2024

Siapa Sebenarnya “Pakcik Misteri” Dalam Iklan Raya 2015 oleh TM

Pakcik Misteri Iklan Raya 2015 TM
Mesti ramai diantara anda, tertanya-tanya siapa Pakcik Misteri dalam Iklan Raya 2015 oleh TM.

Bro sendiri pun tak kenal.

Cuma, penampilan beliau sebagai “Pakcik Misteri” berjaya memberi impak kepada masyarakat pada raya tahun ini melalui Iklan Raya 2015 oleh TM.

Iklan yang simple dan mudah dihadam,

Tapi mempunyai pengisian yang padat dan mampu membuat hati kita tersentuh dan mula rasa ingin tahu serta terlibat dengan kempen yang ingin disampaikan oleh pihak TM.

#PakcikMisteri – Tonton, Klik & Derma

Sempena Bulan Ramadhan yakni bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Pihak TM telah mengadakan kempen #PakcikMisteri.

Kempennya mudah sahaja.

Anda cuma perlu menonton video di http://www.tm.com.my/pakcikmisteri dan klik sebanyak mungkin.

Pakcik Misteri - Iklan Raya 2015 oleh TM

Klik anda akan meningkatkan jumlah sumbangan yang TM akan dermakan kepada Pertubuhan Wanita & Kesihatan (WAKE), Rumah Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al-Munirah Pendang, Kedah dan Sabah Earthquake Relief Fund (Projek Kominiti Digital TM).

Setiap klik anda akan mewakili 1 syiling.

Pakcik Misteri - Iklan Raya 2015 oleh TM

Pakcik Misteri - Iklan Raya 2015 oleh TM

Pakcik Misteri - Iklan Raya 2015 oleh TM

Selepas klik, anda kongsikan / sebarkan kempen ini kepada rakan-rakan anda melalui laman sosial untuk mereka turut sama menyumbang klik .

Jangan lupa hashtah #TMRaya2015 #OrangMemberi #KitaMerasa #PakcikMisteri #AgakAgakBerapa pada pos anda.

Itu sahaja…

Mudah bukan….. Apa kata anda bertindak sekarang dengan terlibat sama menyumbang klik pada pautan http://www.tm.com.my/pakcikmisteri sebanyak mungkin.

Pakcik Misteri - Iklan Raya 2015 oleh TM

Lagi banyak yang anda klik,

Lagi banyak sumbangan yang akan disumbangkan. Mudah bukan untuk berbuat amal di bulan ramadhan ini.

Tapi kalau nak sumbang klik pun agak payah, mungkin ada sesuatu yang tak kena pada hati dan jiwa anda dibulan Ramadhan ini (gurau aje, tapi Bro serius)

Kempen #PakcikMisteri

Menurut rakan blogger – Mohd Zarin, Pihak TM telah memulakan promosi video iklan raya mereka lebih awal.

Cabaran #suspendedmeal yang dibuat oleh #pakcikmisteri di beberapa buah bazaar Ramadhan sedikit sebanyak telah memviralkan kempen tersebut sebelum ianya ditayangkan lagi.

#suspendedmeal adalah di mana pemberian makanan percuma diberikan sebagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung bazaar Ramadhan

Kredit Gambar : Hasrul Hassan & Mohd Zarin

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Siapa Sebenarnya “Pakcik Misteri” Dalam Iklan Raya 2015 oleh TM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *