December 13, 2024

Tahun Kedua Sambut Raya Sebelah Mertua di Parit Raja, Johor

Gambar Raya Parit Raja
Ini tahun kedua, Bro beraya di sebelah keluarga mertua di Parit Raja, Johor Darul Takzim.

Terdiri dari 4 generasi, malangnya kurang lengkap pada pagi hari raya pertama dek kerana raya di tempat lain dulu.

Ada yang beraya ikut tema, Ada yang tak ikut tema keluarga.

Tapi memang menjadi tradisi. Pagi raya, akan berkumpul semua keluarga di rumah Buyut (Atok), untuk sarapan pagi sebelum gerak ke Masjid untuk solat hari raya.

Lagipun memasing rumah sebelah menyebelah je.

He…23x

Cuma ada beberapa keluarga yang duduk agak jauh, walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer.

Selepas solat hari raya. Kami akan berkumpul untuk bermohon maaf dan yang memuda-muda bajet tak kahwin akan tersenyum semacam bila dapat duit raya dari Buyut.

Bro?

Mesti la dapat juga. Nampak kan muka Bro muda rumaja walaupun umur dah masuk 3-series. Tak de hal punya la.

Gambar Raya Parit Raja

Gambar keluarga kecil Bro.

Gambar lengkap – Bro dan puan isteri, Iera Kan serta 2 puteri kami Nur Elfisha dan Nur Elfyna (baru berumur 2 minggu).

Bro nampak muda dalam gambar ini.

Tidak dapat dinafikan sama sekali. Beruntung dapat isteri muda nie, awet mudanya macam tertansfer pada Bro.

Apa? Perasan? Angkat Bakul Sendiri?

Tak de hal punya. Alang-alang boleh angkat bakul sendiri, kenapa perlu menyusahkan orang lain. Tapi kalau korang sakit hati dengan statement puji diri sendiri ini. Baik korang pergi check hati sendiri.

Selamat hari raya…!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Tahun Kedua Sambut Raya Sebelah Mertua di Parit Raja, Johor

  1. Seronok berkumpul ramai-ramai ni. Tahun ni iday raya di keluarga mertua juga. Hehehe

    eh, memang best kawen dengan yang lagi muda, kita yang dapat tempias awet muda tu. Hahahaha

    1. He…23x bahaya kalau awet muda selalu, risau cepat termadu….

      Dah makin berusia nie, baru nak start jaga penampilan…. Oh silap, puan isteri yang jaga penampilan suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *