You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Vivo Perkenalkan Vivo V7+ Pada Harga RM1,499 Untuk Pasaran Malaysia

Vivo Perkenalkan Vivo V7+ Pada Harga RM1,499 Untuk Pasaran Malaysia

Vivo V7+ Malaysia at Price RM1,499
Vivo melancarkan Vivo V7+, telefon pintar terkini mereka di Malaysia pada harga RM1,499.

Telefon pintar siri V terbaru ini yang direka bagi memenuhi keperluan golongan muda hari ini, V7+ telah dipertingkatkan dari aspek selfie dengan dilengkapi kamera depan 24MP, flash LED serta Paparan FullView.



V7+ dilengkapi Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM bagi menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan sempurna. Berdasarkan tradisi vivo yang mementingkan kualiti audio, V7+ telah dipertingkatkan lagi dengan cip audio AK4376A Hi-Fi bagi menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa.

Vivo V7+ Malaysia at Price RM1,499

Kamera depan 24MP serta algoritma fotografi pintar memberi nafas baharu kepada selfie yang sempurna dengan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan semula jadi.

Ia juga turut menyokong sistem nyahkunci imbasan wajah Face Access (Fungsi sama seperti yang diperkenalkan pada iPhone terkini).

Di samping itu, fungsi Funtouch 3.2 OS-nya dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3.0 dan Face Access, sekaligus menjadikan V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.

V7+ dilengkapi Paparan FullView TM 18:9 yang mengagumkan pada skrin bersaiz 5.99 inci dan menawarkan peningkatan bahagian paparan visual sebanyak 12.5%, berbanding dengan skrin 16:6 tradisional.

Tambahan pula, pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan, dengan 84.4% nisbah skrin kepada bahagian badan serta bezel senipis 2.15mm yang akan meningkatkan pengalaman visual pengguna.

Janna Nick Duta Vivo V7+

Vivo V7+ Malaysia at Price RM1,499

Vivo V7+ Malaysia at Price RM1,499Pada majlis pelancaran Vivo V7+, pihak Vivo Malaysia memperkenalkan Duta bagi Vivo V7+ yakni Janna Nick.

Dengan nama yang semakin meningkat naik, penglibatan Janna Nick sebagai duta dilihat dapat memperluaskan lagi pengenalan produk terbaru Vivo itu kepada pembeli di Malaysia.

Dengan adanya Paparan FullView TM serta kamera depan 24MP, vivo V7+ dapat memenuhi keperluan saya ini. Bukan sahaja V7+ dapat menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya, malahan saya juga dapat melihat semua gambar tertangkap pada skrin yang menarik,” – Janna Nick, Duta Vivo V7+.

V7+ bakal dijual bermula pada 29 September 2017 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.vivo.com/my

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Vivo Perkenalkan Vivo V7+ Pada Harga RM1,499 Untuk Pasaran Malaysia

  1. Vivo antara telefon keluaran negara China yang reliable dan harga mampu milik. Saya belum pernah guna Vivo, tapi nampak cam menarik. Sekarang pakai Xiaomi je.. Huhu

  2. Eh janna nick lah duta baru dorang, hampir tak kenal hahaha. Kyan masih setia dengan ios huhu, tapi baca atas tu cam best je, bukan boleh baca review mesti mula tergoda ishhhh

  3. Wife dan anak sulong aku pakai Vivo, tapi bukan spesies vivo v7 la .. tak mampu nak pakai smartphone rega atas Rm1K ni .

    Tapi Vivo memang best, anak aku katala sbb dia yang pakai. Tu yang wife tukar smartphone lama yang dah retak skrin tu dengan Vivo.

Leave a Reply

Top