Agak panas juga kontroversi mengenai sumber sebenar air yang dibotolkan oleh Spritzer seperti yang pernah disebarkan di laman sosial mahupun blog.
Ada yang mengatakan mereka menggunakan air dari kolam takungan Lembaga Air Perak. Ada juga yang mengatakan air yang diambil mereka tercemar dengan air mayat dimana terletak jirat cina berdekatan dengan lokasi sumber air mereka.
Sejauh mana kebenarannya?
Maka Bro menyertai satu rombongan menuju ke Taiping dimana terletaknya HQ Spritzer dan juga punca air yang dibotolkan untuk pasaran Malaysia mahupun luar negara.
Tak pasti kenapa perkara ini dibangkitkan sehingga menimbulkan rasa was-was kepada pengguna.
Dari apa yang Bro diberitahu, sumber air yang mereka gunakan mendapat pengesahan dari JAKIM, SIRIM, HACCP dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pemantauan secara berkala juga dilakukan untuk memastikan sumber air selamat dan tidak diragui.
Antara anugerah-anugerah yang pernah diperolehi mereka :-
- Readers’ Digest Trusted Brand Platinum Award – 12 tahun berturut-turut. Satu-satunya jenama air mineral yang dianugerah oleh Readers’ Digest
- “Frost & Sullivan Asia Pacific Bottled Water Company of The Year” – 4 tahun berturut-turut
- Best Brands Signature Award, dianugerah oleh The Brandlaureate
- Tercatat dalam “ Malaysia Book of Record” Kilang Pembuatan Air Botol yang terbesar di Malaysia
Lokasi Kilang Spritzer.
Ramai yang tak tahu lokasi sebenar kilang Spritzer.
Lagipun, kawasan mereka merupakan kawasan persendirian dan bukan semua orang boleh masuk. Tempoh hari, bas masuk agak ke dalam juga untuk ke kilang ini.
Jika lihat dari jalan luar, mungkin anda akan temui “jirat cina” berdekatan dengan tempat masuk menuju ke Kilang Spritzer. Ini tidak langsung memberi tanggapan negatif pada sesetengah pihak yang tidak tahu kisah sebenar tentang kilang dan kawasan sumber air mereka.
Benda macam ini selalunya dijadikan sebagai isu untuk memburukan Spritzer seperti mana yang telah tersebar ke laman-laman sosial media sebelum ini. Khabar angin yang mengatakan lokasi kilang Spritzer berdekatan dengan jirat cina.
Jika anda perhatikan paparan pada Google Maps diatas,
Lokasi kilang Spritzer nampak macam dekat je dengan lokasi jirat cina yang dimaksudkan. Terasa macam dekat je kan. Kalau ukur secara terus rasanya tak sampai 1 KM. itu mengikit apa yang dinyatakan oleh blogger ini.
Gambar jirat cina yang berada berdekatan. Kredit pada Yan Ty (rajin budak ini turun bas dan pergi dekat-dekat ambil gambar ini)
Korang juga boleh nampak kolam takungan milik Lembaga Air Perak (LAP), yang seluas lebih kurang 200 ekar berdekatan dengan lokasi Kilang.
Ini menyebabkan ada sumber yang mengatakan Spritzer menggunakan air dari kolam takungan milik Lembaga Air Perak (LAP) ini. Siap ada masyarakat sekeling yang duduk berdekatan mempercayainya.
Ish…23x
Peta diatas pula merupakan lokasi terletaknya punca sumber air yang digunakan oleh Spritzer.
Nampak macam dekat je dengan kolam takungan milik Lembaga Air Perak (LAP). Tetapi sebenarnya ia terletak di kawasan berbukit yang lebih tinggi dari paras air di kolam takungan.
Lokasi Sumber Air Spritzer.
Kawasan tersebut telah dibeli oleh pihak Spritzer dan ianya merupakan kawasan larangan dan persendirian. Penceroboh boleh didakwa atau silap hari bulan di tembak, sebab mungkin mereka susah nak bezakan antara penceroboh dengan babi hutan (ada terserempak sewaktu melawat lokasi).
Tanahnya seluas 330 ekar.
Tak boleh nak bayangkan?
Keluasannya adalah 330 kali besar daripada padang bola sepak (lebih kurang sama dengan saiz 330 padang bola sepak yang dicantum bersama). Kawasan ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang masih terjaga dan belum diterokai.
Untuk melawat kawasan ataupun lokasi punca air yang digunakan oleh pihak Spirtzer kami, perlu bergerak menaiki kenderaan pacuan 4 roda.
Terdapat beberapa bukit yang perlu kami naik dan turuni untuk menuju ke lokasi yang dimaksudkan.
Salah satu lokasi dimana air dipam dari bawah tanah.
Untuk pengetahuan korang, sumber air yang dipam pada kedalaman melebih 400 meter dibawah tanah. Rumah pam ini berada dalam kawasan CCTV dan dikunci. Bukan semua orang boleh memasukinya.
Air yang dipam, terus disalurkan ke kilang melalui paip khas untuk memastikan ianya tidak tercemar dan terdedah.
Antara penerangan yang disampaikan oleh wakil dari Spritzer untuk menjawab segala tomahan dan persoalan yang diajukan dari kami. Kredit gambar buat Syafiqah Hashim.
Jika korang rasa masih was-was atau musyikil dengan apa yang Bro kongsikan dalam blog ini.
Apa kata korang datang sendiri untuk melihat dan mendengar sendiri penerangan dari dorang dari hanya mengharapkan sumber yang tidak sah seperti yang dikongsikan dilaman sosial.
Anda boleh buat lawatan ke sini.
Kilang dibuka untuk lawatan pada waktu pejabat. Jangan lupa hubungi Bahagian Perhubungan Awam untuk buat temujanji. Kedatangan anda amat dialu-alukan oleh mereka disini.
Company : Chuan Sin Sdn. Bhd.
Address : Lot 898, Jalan Reservoir,
Off Jalan Air Kuning,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 801 2663
Customer Service Hotline : 1800 88 3111
Working Hour : MON – FRI (9.00 am – 6.00 pm)
SAT (9.00 am – 1.00 pm)
SUN & Public Holiday (OFF)
Fax : +605 801 2118
Email : info@spritzer.com.my
Website : www.spritzer.com.my
Selain air mineral terdapat juga produk-produk lain dari Spritzer :-
- Spritzer Natural Mineral Water
- Spritzer Distilled / RO Drinking Water
- Spritzer Mini DIspenser Series
- Spritzer Love Limited Edition
- Spritzer Spriky Fun Pet
- Spritzer Sparkling
- Spritzer Tinge
- Spritzer Pop
- Spritzer+ FIBRE
Selain itu, Bro dibawa sendiri melawat dalam kilang pemprosesan air dan juga pembotolan untuk mendapatkan gambaran sebenar.
Kebanyakan proses diuruskan oleh mesin yang beroperasi secara automatic sepenuhnya. Dimana tidak dikendalikan oleh tangan manusia. Sehingga ianya selesai di masukan dalam kotak.
Penerangan dari wakil Spritzer mengenai pembuatan botol minuman yang turut dilakukan disini.
Dimana mereka sendiri yang membuat botol dari bahan asal sehingga menjadi bentuk botol yang sedia ada dipasaran. Ini membuktikan mereka tidak mengitar semula botol yang ada untuk dijadikan botol semula.
Mereka juga menyatakan botol yang dikitar semula tidak selamat digunakan untuk menyimpan air.
Penerangan tentang bagaimana proses pembotolan air dilakukan di kilang ini.
Maaf, kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kilang dan gambar ini diambil sendiri oleh wakil Spritzer sebagai kenangan bagi mereka yang pernah datang melawat disini.
Sebab itu, korang tak nampak gambar mesin yang digunakan di kilang ini.
Kepada mereka yang memasuki kawasan kilang memproses, dikehendaki menutup kepala (yakni rambut) bagi yang bertundung, anda agak beruntung. Jenuh nak sikat balik rambut ini.
Sewaktu melawat dalam kilang ini,
Baru ternampak beberapa jenama air mineral yang sedia ada dipasaran rupanya menggunakan sumber air dari kilang yang sama dengan Spritzer. Dan air tersebut juga Bro gunakan setiap hari.
Cuma yang membezakannya adalah kandungan mineral yang sedia ada dalam airnya.
Jika korang betul-betul anti dengan Spritzer. Itu hak anda, tapi pasti ke air mineral yang anda minum sekarang bukan datang dari sumber yang sama? Fikir-fikirkan.
ohh… baru deno tahu… thanks for da info bro :)
Sama-sama harap dapat kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan
Keluasan sama atau lebih besar daripada padang bola sepak? Ada kekeliruan di situ.
Tapi rasanya rata-rata penduduk sekitar Taiping yang tahu mengenai air Spritzer ni tak minum kot.
Maaf, sudah diedit…. kenapa mereka beranggapan begitu?
bleh minum la ni..
Kalau ikutkan boleh minum, cuma ramai orang yang rasa was was
Biasa lah, adat berniaga..mesti nk jatuhkn pesaing…
Tapi ramai pula yang percaya dan masih ragu2 sampai la nie kan
Semua fakta yang perlu tahu sudah dikongsikan. Fikir-fikirkan.
Harap fakta dikongsikan tidak disalah ertikan oleh setengah pihak
Terima kasih kerana berkongsi fakta sebenar. Sebelum nie dengar cerita orang jer.
Kadangkala cerita dari orang pun belum tentu betul bila dia sendiri pun dengar dari orang lain yang orang lain dengar..
Bila ditanya mengenai sumber, masing-masing tak boleh nk buktikan…
Fakta sebenar telahpun didedahkan…gunakan SPRITZER tanpa was2..:D
Harap tiada yang was-was selepas nie
sesetengah pihak cuba nak jatuhkan spritzer.. mula lah sebar tohmahan yg ntah benar ntah tidak sumber ny.. thnks bro.. btol2 info yg bguna kpd pguna2 spritzer khusus nya..
Sama-sama… harap sudi kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan
Tepuk dada tanya iman…jangan tanya Aiman…sebab jawapannya nanti…Aiman tak kisah…
Aiman bukan kisah sangat asalkan ada orang belanja he..23x
Dalam blog ariffshah pun ada cerita pasal ni. Korang antara yang bertuah ni kan kena jemput ke sana.
Alhamdulillah, benda macam nie perlu dikongsikan untuk mengelakan orang lain boleh rasa was-was tanpa sebab atau sumber yang boleh dipercayai
hoodie pink, air pop pink. :P
bro saya orang taiping dan baru habis praktikal kat kilang ni as maintenance trainee..saya sokong artikel bro..100% betul..selama 5 bulan saya training dekat situ maka terjawablah semua persoalan tentang air jerat cina and etc…tak logik sbb air mineral tuh dicari gali sedalam 400m mana mungkin air tuh diambil dari jerat cina sbb jerat cina baru bape kaki dalam..lagipun jerat cina tuh jauh dri kawasan kilang pemprosesan..