April 27, 2024

Bloggers BBQ Poolside Party di Opal Damansara

Bloggers BBQ Poolside Party
Walaupun cuaca tidak menentu, tapi ianya tidak mematahkan hati dan semangat rakan-rakan untuk menyertai Bloggers BBQ Poolside Party yang hari ini.

Ia telah diadakan di kediaman salah seorang rakan blogger merangkap penganjur Bloggers Party kali ini di Opal Damansara.

Belon dalam gambar diatas ditaja oleh Balloon Buzz dari USJ Taipan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Sidney Kan selaku penganjur dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan lain yang turut memberi komitment untuk menjayakan majlis kali ini.

Bloggers Poolside BBQ Party

Gambar yang paling diatas, bukan gambar semua blogger yang hadir. Begitu juga dengan gambar yang diatas ini.

Ada yang belum hadir, dan ada yang tak sempat nak masuk dalam gambar.

Bloggers Poolside BBQ Party

Puan Isteri suka sangat dengan belon yang ditaja oleh ?#?NYsteakshack yang berwarna hitam dan merah.

Bertaburan belon.

Terutama didalam kolam. Kedengaran juga belon meletup sana sini. Tak pasti, ia meletup sendiri atau diletupkan oleh kanak-kanak atau…. mak bapak mereka.

Photoshoot by Zung Ninja Photographer

Bloggers Poolside BBQ Party

Rasanya, ini yang paling dinanti-nantikan oleh blogger yang hadir. Dimana mereka berpeluang untuk beraksi didepan lensa Zung Ninja Photographer.

Ramai kot yang que untuk beratur. Malangnya tak semua berkesempatan.

Cahaya matahari memainkan peranan untuk mendapat hasil yang berkualiti dari beliau. Bukan main tangkap je tau.

BBQ by Bakarlah & Seafood by GST Group

Bloggers Poolside BBQ Party

Peringatan : Sila abaikan model femes diatas he…23x

Bakarlah BBQ & Rental menaja makanan BBQ buat kami kali ini.

Rasanya dan service yang mereka tawarkan tidak mengecewakan. Dengan tagline “BBQ Pit + Raw Meat + Dinnerware = BBQ anytime, anywhere!” membolehkan anda menikmati BBQ mereka bila-bila masa dan dimana juga.

Jika anda nak buat majlis BBQ boleh guna perkhidmatan dari Bakarlah BBQ & Rental.

Bloggers Poolside BBQ Party

Manakala makanan laut pula ditaja oleh GST Group.

Bloggers Poolside BBQ Party

Maaf jika, ada blogger yang terserempak dengan Panda Liar semalam.

Dan terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi bergambar dengan si Panda comel, cute dan handsome itu. Jika anda ada jumpa dia next time, try to be nice with him.

Bloggers Poolside BBQ Party

Ini la muka penganjur – Sidney Kan, si pemilik blog www.bigboysoven.com. Dah nak balik baru dapat bergambar dengan dia. Busy ke hulu ke hilir. Kalah YB.

Lagi satu, tak nak bergambar awal-awal. Takut dia tarik dan campak Bro dalam kolam.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Bloggers BBQ Poolside Party di Opal Damansara

  1. Hehehe…… bestnyer… suka dengan model2 semua … nice photos… =)

    Best dapat serempak dengan panda liar…. hahahah .. macam mana panda itu lari dari Zoo Negara… hmmm????

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *