December 6, 2024

Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Berkesempatan untuk menghadiri hari terakhir pementasan teater Cinta Sang Arnah dan Mahkamah Lorong di Taman Budaya, Kuala Lumpur (pertama kali datang ke sini).

2 teater dalam satu malam (dalam satu harga) memang amat berbaloi untuk ditonton.

Lebih-lebih lagi ianya melibatkan pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang bergerak dibawah nama Tronoh Theatre Shop.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Menurut Dr. Shark (nama sebenarnya Dr. Shamsul Rahman Mohamed Kutty) selaku tenaga pengajar, adalah satu perkara yang mencabar untuk mengajar dan mengasah bakat terpendam dalam diri pelajar-pelajar kejuruteraan ini.

Bagi Bro pulak,

Walaupun memasing merupakan pelajar kejuruteraan, mereka berjaya mempamerkan “other side” dalam diri mereka dengan jayanya.

Lagi-lagi diatas pentas teater yang mempunyai pengikut yang tersendiri.

Masing-masing ada bakat terpendam yang mampu buat orang lain beranggapan bahawa mereka ini pelajar seni persembahan atau teater. Dan bukannya pelajar kejuruteraan.

Tiba-tiba rasa menyesal tak apply UTP satu ketika dahulu.

Teater Cinta Sang Arnab

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Wangi yang kecewa atas kecurangan bekas teman lelakinya.

Sewaktu beliau ingin membunuh diri terjun dari atas jambatan Pulau Pinang. Datang seekor arnab ingin menyelamatkannya. Dari situ bermulanya perkenalan mereka berdua dan mereka jadi rapat bila Wangi menjemput si Arnab untuk tinggal bersamanya.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Si Arnab sentiasa menghiburkan hati Wangi sehinggakan hidupnya terasa sempurna dengan kehadiran Arnab.

Si arnab bukan sahaja boleh bercakap, bahkan boleh berubah jadi apa-apa binatang yang dia sukai kecuali Babi. Haram katanya.

Sehinggakan pada satu hari, si arnab telah meluahkan isi hatinya bahawa dia mencintai si Wangi. Malangnya si Wangi tidak dapat menerima kenyataan ini dan anggap ianya mustahil untuk manusia bercinta dengan binatang.

Maka si arnab cuba membuktikan ianya tidak mustahil.

Malangnya dia gagal bertukar menjadi manusia sehingga satu kejadian berlaku terhadap si arnab dan menyebabkan beliau telah pergi jauh dari hidup Wangi.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur
Janda berhias dan juga jiran sebelah yang menjaga tepi kain orang termasuk si Wangi.

Mulut dia……. Perghh….!!!

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur
Roy…. Bekas teman lelaki si Wangi.

Bermulut manis dan ayat dia penuh dengan segala putar belit.

Teater Mahkamah Lorong

Ia mengesahkan kehidupan haiwan-haiwan di satu lorong. Masing-masing mempunyai latar kehidupan dan masalah masing-masing.

Sehingga pada satu ketika,

Si Kucing Parsi – yakni kucing kelas atasan yang kaya-raya dan selalu memandang rendah haiwan-haiwan lain di lorong itu telah dijumpai mati dibunuh.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Dalam ramai-ramai haiwan, si Gagak paling disyaki membunuh si Kucing Parsi.

Maka mahkamah lorong ditubuhkan untuk membuktikan si Gagak yang sebenarnya membunuh si Kucing Parsi tanpa memberi peluang kepada si Gagak untuk membela dirinya yang tidak bersalah.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Sepanjang tempoh pembicaraan,

Banyak bukti menunjukan si Gagak yang bersalah walaupun bukti-bukti tersebut amat diragui oleh semua haiwan yang ada.

Dek kerana sifat tamak yang ada pada diri haiwan-haiwan itu, maka mereka mengiyakan bukyi-bukti yang kurang sahih itu.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Paling malang buat si Gagak bila mendapati ketua hakim sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan si Kucing Parsi. Untuk menutup mulut, si Hakim (yakni kangaroo) telah memberi rasuah kepada haiwan-haiwan yang terlibat lalu menghilangkan bukti yang ada terselit nama beliau.

Maka si Gagak didapati bersalah maka hukuman bunuh telah dijatuhkan kepada beliau.

Sewaktu si Gagak dijatuhkan hukuman, haiwan-haiwan lain juga turut dibunuh bagi menutup kes ini oleh pembunuh yang telah membunuh si Kucing Parsi.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Rupanya, Mak Ayam yang sebenarnya telah mengupah pembunuh untuk membunuh si Kucing Parsi dan haiwan-haiwan yang lain, kerana mereka selalu menganggu bisnes ayam (pelacuran) yang menjadi periuk nasinya selama ini.

Bagaimanapun, Mak Ayam juga turut dibunuh oleh pembunuh upahan itu tadi.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Si Gagak….

Masa memula tue, dok fikir binatang apa sebenarnya dia nie. Rupanya dia makeup macam The Crow. Ok, baru faham.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur
Mak Ayam – Pandai berbisnes. Cakap je nak ayam yang macam mana. Semua dia boleh dapatkan untuk anda.

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur
Si Lembu – Haiwan paling comel dan paling mendapat sambutan sepanjang 5 pementasan selama ini. Pandai dia bawa watak Si Lembu, yakni pakar DNA yang kaki dia tak jejak lantai bila duduk.

Comel sangat….!!!

Tronoh Theatre Shop

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Setiap tahun, Tronoh Theatre Shop akan mengadakan persembahan teater di Taman Budaya, Kuala Lumpur. Bagaimanapun cuma setahun sekali sahaja di sini.

Nak tengok selalu, kena turun UTP.

Disini bro ingin kongsikan beberapa gambar yang sempat diposing depan kamera Bro – Nikon D5100 & iPhone 5

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Pementasan Teater Cinta Sang Arnab & Teater Mahkamah Lorong oleh Tronoh Theatre Shop

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Tronoh Theatre Shop - Cinta Sang Arnab & Mahkamah Lorong at Taman Budaya, Kuala Lumpur

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Teater Cinta Sang Arnah & Mahkamah Lorong Oleh Tronoh Theatre Shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *