April 27, 2024

The Lord Musang King, Filem Malaysia Arahan Pengarah Hebat Korea Selatan

Malam Gala The Lord Musang King

The Lord Musang King, filem Malaysia arahan pengarah terhebat dari Korea Selatan, Lee Moon Ho ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.

Filem ini merupakan hasil usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan yang turut menampilkan pelakon dari kedua-dua negara.

Ia dibarisi dengan pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Pelakon The Lord Musang King

Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King telah diadakan di GCS LALAPORT, bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Untuk pengetahuan anda,

Filem The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu.

Namun pengalaman beliau selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Ini juga merupakan filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ini terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King.

Beliau juga berharap filem The Lord Musang King dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam seluruh negara.

Filem The Lord Musang King disampaikan menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.

Trailer Filem The Lord Musang King

Sinopsis Filem The Lord Musang King

Yusuf Bahrin The Lord Musang King

Ia mengisahkan tentang Haikal, anak ‘taikun’ durian Musang King, namun diperdaya dan dipenjarakan atas tuduhan membunuh. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh ‘taikun’ Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya.

Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.

Filem “The Lord Musang King” akan disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Disember 2023.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “The Lord Musang King, Filem Malaysia Arahan Pengarah Hebat Korea Selatan

  1. Indonesia adalah asli penghasil dan paling banyak varietas durian enak-enak melebihi manapun apalagi di pulau kalimantan durian merah dll yuk promosikan durian indonesia tidak cuma propoganda semata, mari buat ketertarikan bagi pecinta durian dunia di Nusantara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *