Pertama kali perkena burger bakar di A&J Burger Grill, Sungai Buloh.
Lokasinya tidak beberapa jauh dari rumah kami di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Jika anda menggunakan highway PLUS, lokasinya berdekatan dengan susur keluar Hospital Sg Buloh.
Sekiranya anda datang dari Hospital Sg. Buloh, rasanya tak sampai 5 minit anda dah sampai ke sini. Jika anda tidak tahu dimana lokasinya, anda boleh waze sahaja “A&J Burger Grill”. Insya’lah jumpa.
Terima kasih kepada Sheila Salim kerana sudi memperkenalkan tempat ini kepada Bro.
Jika diikutkan, A&J Burger Grill telah mula bertapak sejak 20.10.2012 (dah lama rupanya). Diasaskan oleh 2 orang brader – Acot dan Johar. Dari situ dapat nama A&J.
Disini terdapat beberapa hidangan berasaskan burger, meatball dan juga french fries.
Yang menariknya, ianya boleh didapati dalam bentuk set dimana ianya menjimatkan dalam masa yang sama memberi lebih pilihan untuk anda nikmati bersama.
Menu di A&J Burger Grill, Sungai Buloh
Kalau ikutkan, ada banyak jenis hidangan terdapat disini. Bro cuma nak fokus pada menu tertentu sahaja untuk tatapan korang semua.
Jika terliur tue, Bro mintak maaf.
Harap korang pepandai la datang ke A&J Burger Grill, Sungai Buloh untuk merasai keenakan burger dan hidangan lain yang dijual disini.
Monster Combo – RM 13
Antara hidangan yang paling mendapat tempat dihati pelangan mereka. Dimana ianya didatangkan dengan burger + meatball dan wedges.
Oblong – RM 5
Hotdog Jumbo – RM 5.50
Chicken Grill – RM 11 (Set tanpa air)
Rasta John – RM 7 (ala Roti John gitew)
Set Meatball – Didatangkan dengan meatball, wedges dan salad.
Harga mengikut jumlah meatball : 10 biji (RM 7), 15 biji (RM 10) dan 20 biji (RM 13).
RGB Burger (Rasta Grill Burger) – RM 21.90 : Couple Set (untuk dua orang makan)
Didatangkan dengan Dua Burger RGB + Fries + MashPotato + 2 Sup bersama garlic bread + 2 gelas air yang ditetapkan
(Air yang ditetapkan adalah air kordial cth : Sarsi, Sirap, Oren, Anggur, Teh O dan Air Limau)
Rakan blogger dan pasangan bersama krew A&J Burger Grill (tanpa Bro ~ Si Juru Gambar)
Tempat makan yang menarik untuk Bro promote dan sekiranya anda berminat nak datang ke sini, anda boleh rujuk informasi dibawah ini :-
A&J Burger Grill
Lot 70-D, Kg Melayu
Sungai Buloh, Selangor
Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (Pukul 6 Petang – 12 Tengah Malam), Ahad – TUTUP.
Laman Facebook : Fb.com/anjburgergrill.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Perghhh…tu dia….meleleh air liur tgk gambar gambar ni!
Nampak sedap, tapi,kolestrol macam tinggi ja..hihi…
Jom kawal dengan kolestrol dengan PHYTOCOL ST!
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/phytocol-st-cara-mudah-sekat-kolestrol.html
meleleh air liur tengok gambar tue. nasib baik belum puasa lagi.