Wonderland Primary Sdn Bhd telah memperkenalkan produk halal mereka, Asianic sewaktu Majlis Sepetang Bersama Reen Rahim selaku duta mereka di Donates Coffee, Cake & Bread, Kucai Lama.
Pada majlis ini, turut dihadiri oleh rakan-rakan media, blogger dan peminat Reen Rahim.
Kredit gambar Reen Rahim : Blog Syafiqah Hashim.
Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan produk Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice – GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard).
Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan setanding dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
Pada masa akan datang Wonderland akan mengeluarkan lebih banyak produk untuk keperluan keluarga bagi pasaran dalam dan juga luar Negara.
Asianic yang terdiri dari produk penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan, losyen, syampu, perapi rambut, mandian garam, krim halia dan juga pencuci wanita.
Bagi krim mandian, skrub badan dan losyen terdapat campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga Susu Beras.
Ia diformulasikan dari estrak Bunga Sakura dan Susu Beras bersama bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Ianya juga memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan muda sentiasa.
Syampu rambut pula diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa. Syampu Asianic akan membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya.
Terdapat juga syampu bagi mereka yang mempunyai masalah kelimumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak. Pilih mengikut kesuaian dan lihat hasilnya seawal lima hari apabila menggunakan syampu jenama Asianic.
Mengenai harga, korang jangan risau.
Produk jenama Asianic dikatakan adalah produk mampu milik dengan harga dari RM10.90 hingga RM17.90 setiap satu.
Temui Reen Rahim di Lokasi Promosi Asianic
Banyak aturaca akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Asianic antaranya adalah majlis ramah mesra selebriti Asianic, Reen Rahim.
Peminat bukan sahaja dapat akan dapat berjumpa dengan selebriti ini malah akan dapat berjumpa secara langsung pada acara-acara yang akan dijalankan.
Ok, Bro payung satu gambar Bro bersama Reen Rahim. Jangan jeles.
Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan kedai kedai runcit seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk maklumat dibawah ;-
Wonderland Primary Sdn Bhd (877104-M)
No 17, Jln PJS 5/26, Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Website : www.wonderlanprimary.com
Facebook : fb.com/Asianichalal
Instagram : @Asianichalal
Memang comey Reen Rahim ni rupanya..
Sememangnya layak dipilih jadi duta produk ni..
Untunglah bro bergambar dengan awek gua nie.. reen rahim memang sesuai pun jadi duta produk asianic nie
Berwangi dengan Asianic la lepas ni kan…