Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 Peringkat PPUM telah dianjurkan bertempat di Oriental Pearl Hall, Bukit Kiara, Equestrian & Country Resort pada 9 Oktober 2023.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Nazirah Hasnan dan diiringi oleh Ketua Kardiologi, Dr. Imran Zainal Abidin.
Untuk pengetahuan anda,
Majlis ini dianjurkan oleh Unit Kardiologi, PPUM yang merupakan antara salah sebuah unit kardiologi yang terbesar di Malaysia dan memiliki sebuah Makmal Kardiovaskular Invasif atau dikenali juga sebagai ICL yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ia juga turut menawarkan perkhidmatan rawatan kecemasan terutama bagi kawasan Lembah Klang.
Pada majlis ini turut diadakan seminar khusus bagi menyebarkan informasi mengenai penyakit jantung yang merupakan penyumbang kematian tertinggi di dunia.
Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat PPUM diadakan dengan memilih tema “Use Heart Know Heart” sebagai pelengkap penganjuran seminar tersebut.
Seminar 1 : Serangan jantung dan kegagalan jantung di Malaysia dan PPUM
Disampaikan oleh Associate Prof. Dr. Alexander Loch – Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dua benda yang berbeza bagi Serangan jantung dan Kegagalan Jantung, tetapi mereka merupakan adik beradik yang jahat.
Menurut Data Malaysia 2019/2020: Pangkalan Data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan (NCVD) yang dikumpul sejak tahun 2006 melalui 25 sumber data yang diperolehi, 17% daripada kematian akibat “penyakit jantung iskemik” pada tahun 2020 (=18,515)
Bagi Kegagalan Jantung pula, ia merupakan peringkat terakhir untuk kebanyakan penyakit jantung. Melibatkat 3-30 per 1,000 populasi.
Bagaimanapun, ia boleh menjadi 100 per 1,000 populasi bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun.
Dari jumlah ini, hanya 6-10% sahaja melibatkan mereka yang mendapatkan bantuan perubatan.
Untuk pengetahuan anda, kos untuk merawat kegagalan jantung di Malaysia mencecah RM801,996,000 setahun melibatkan prosedur, ujian diagnostik, kos kemasukan ke hospital, ubat-ubatan serta temujanji hospital.
Faktor-faktor risiko yang menyebabkan kegagalan jantung :-
- Kencing Manis (Diabetes) – 1 dari 5 dewasa di Malaysia mengalaminya melibatkan 3.9 juta orang berumur 18 tahun dan keatas.
- Hipertensi (Hypertension) – 1 dari 10 yakni 6.4 juta orang di Malaysia mengalaminya dan hanya separuh yang mengetahui mereka terlibat.
- Kolesterol Tinggi (High Cholesterol) – 4 dari 10 yakni 8 juta orang dewasa di Malaysia mengalaminya dan hanya 25% sahaja yang tidak mengetahuinya. Ia banyak melibatkan kaum wanita berbanding lelaki.
- Merokok – 21% rakyat Malaysia yang merokok dan 5% pula menghisap rokok elektronik. Manakala 1 per 2 orang dilaporkan terdedah kepada second-hand smoke.
- Berat Badan Berlebihan & Obesiti – 1 dari 2 orang dewasa di Malaysia ada masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
Adakah anda salah seorang daripada statistik ini?
Statistik Pesakit Kegagalan Jantung di klinik HF PPUM
Lebih membimbangkan bila statistik pesakit kegagalan jantung yang datang ke Klinik HF PPUM melalui tinjauan terhadap 288 pesakit.
- 58% pesakit dari keluarga B40 (pendapatan keluarga sebulan kurang RM4,500)
- 66% pesakit tidak mempunyai insuran
- Lebih 47% pesakit adalah pesara / tidak berkerja.
Dengan jumlah kos perubatan yang tinggi, tak semua pesakit mampu untuk mendapatkan rawatan.
Di Malaysia, kita mempunyai 360 pakar kardiologi dan 70 daripadanya di Hospital Kerajaan dengan nisbah 1 pakar kardiologi kerajaan per 500,000 populasi.
Jika kita bandingkan dengan negara Jerman, disana 1 pakar kardiologi per 15,000 populasi.
Nampak jauh perbezaannya.
Seminar 2 : Penjagaan Pesakit Serangan Jantung di PPUM : Masa Depan
Disampaikan oleh Prof Dr. Imran Zainal Abidin dari Bahagian Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya
Jabatan Perangkaan Negara Malaysia menyatakan bahawa pada tahun 2014, penyakit jantung iskemik (IHD) adalah punca utama kematian (13.7%).
Kebanyakan kematian dalam STEMI berlaku dalam masa sejam pertama akibat aritmia yang membawa maut.
Selain itu, TIME LOST IS MYOCARDIUM LOST. Oleh itu, diagnosis awal dan reperfusi segera adalah penting.
Hanya 6.6% daripada semua pesakit serangan jantung mendapat Intervensi Koronari Perkutaneus (PCI), mengapa?
- Kekangan Kos Kewangan
- Pengesanan lewat
- Faktor logistik
Oleh yang demikian, satu perancangan untuk menubuhkan lab operasi Primary Angioplasty Cardiac pertama di Malaysia yang akan ditempatkan bersebelahan dengan zon merah Jabatan Kecemasan.
Ia akan mula beroperasi pada suku pertama tahun 2024. Misinya untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik kepada pesakit yang mengalami serangan jantung akut.
Beliau turut berkongsi beberapa kaedah kemajuan dalam angioplasti koronari yang boleh digunakan sebagai alternatif merawat pesakit.
Selain seminar, terdapat juga perkongsian dari bekas pesakit yang telah mendapat rawatan di PPUM melalui bantuan dari Tabung Yayasan Sime Darby.
Melalui perkongsian ini, hadirin dapat mengetahui serba sedikit tanda awal yang mereka lalui dan bagaimana bantuan perubatan yang diterima dapat membantu mereka meneruskan hidup hingga kini.
Bro ingin berterima kasih kepada pihak pengurusan Unit Kardiologi, PPUM kerana sudi menjemput Bro hadir ke Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia 2023 Peringkat PPUM ini.
Majlis ini telah berlangsung dengan meriahnya dan diserikan dengan kehadiran barisan Pengurusan PPUM.
Hadir sama wakil Yayasan Sime Darby yang merupakan penyumbang utama bantuan kepada pesakit-pesakit PPUM yang kurang bernasib baik sejak tahun 2013 serta beberapa rakan penaja lain.
Untuk pengetahuan anda,
Yayasan Sime Darby telah menyumbang kepada Tabung Yayasan Sime Darby bantuan kepada pesakit-pesakit PPUM yang kurang bernasib.
Tabung Yayasan Sime Darby dimulakan atas inisiatif pakar kardiologi negara, Profesor Datuk Paduka Dr Wan Azman Wan Ahmad dikatakan sudah membantu dalam menyelamatkan nyawa pesakit sejak ia dilancarkan pada Mei 2013.