November 13, 2024

Press Screening Al-Hijab Di D’Curve

Bro malam ini dijemput untuk ke majlis pelancaran dan press conference untuk filem Al-Hijab yang bakal menemui anda di pawagam pada 6 oktober 2011 ini.

Tarikh : 20 September 2011
Masa : 7.30 malam
Tempat : Cathay Cineplax, e@curve,Mutiara Damansara

So dalam pukul 7 bro akan keluar dari office menghala ke sana.

Hope jalan tak jem la kan.

Harapnya la kan. Sedangkan kenyataannya, kawasan tue memang jem memanjang.

Dan diharapkan balik nanti bro tidak diekori la pulak kan.

Diekori kereta ok lagi. Jangan diekori oleh benda lain pula kan. Esok mahu mintak MC 2-3 hari he..23x.

Tak banyak info yang bro tahu pasal filem arahan dan ditulis oleh Pierre Andre. Ia juga dilakonkan oleh Pierre Andre sendiri sebagai watak utama.

Sipnosis Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.

Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.

Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Apakah yang akan terjadi pada Rafael jika hijabnya dibuka?

Korang tunggu la review dari bro ek.




Sambil Nak tunggu tue korang layan pic nie.

Seram tak..??

Ke tak seram.. Ok bro ada bawa sweater lebih he…23x

Sesambil tue layan preview filem ini.

Bicara Bro : Jangan bermain dengan hijab. Sekali dibuka, baru anda tahu.

Musibah akan terjadi kalau dalaman anda tak kuat. Dan bro ada jumpa dengan beberapa orang yang hijabnya telah dibuka.

Terima kasih buat cik helena untuk jemputan ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “Press Screening Al-Hijab Di D’Curve

  1. Saya ada tengok trailer dia aritu. Seram gak. Huuuu. Saya baru balik dari sana tadi bro, nengok Johnny English. Port wayang peberet saya. Hehe. :)

    1. nie bukan tiket lebih la.. bro cari sendiri nie… kenkadang ade je dorang roger untuk blogger..

      bro x power.. so selalu stay dekat twitter.. kot2 ade offer, bro sapu je terus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *