April 27, 2024

ESCAPE Shots – Merdeka Video Contest

ESCAPE Shots Merdeka Video Contest
Sempena meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia tidak lama lagi.

Celcom Escape menganjurkan kontest video Merdeka dan mengajak anda semua menyertainya untuk menyemarakan lagi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia tahun ini.

Pertandingan ini dinamakan Escape Shots iaitu pertandingan video pendek yang bertemakan “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”.

Macam pernah dengar je lirik ini?

Jika anda sedari, ianya melupakan lirik yang dipetik dari lagu Allayarham Sudirman Haji Arshad yang mempunyai maksud mendalam untuk kita hayati dan menjiwai semangat patriotik cintakan negara.

ESCAPE Shots Merdeka Video Contest Submit

Perihal Kontest Video Merdeka : ESCAPE Shots

Anda hanya perlu buktikan cinta anda yang mendalam buat Negara kita Malaysia dengan menghasilkan video pendek sepanjang 3 minit (maksimum) dengan tema “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”

Tak perlu masukan keseluruhan lagu “Warisan” dalam video anda. Cukup sekadar ada beberapa bahagian dalam lagu itu ada dalam video anda.

Sertainya sekarang dan anda boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM157,000.

Tarikh akhir adalah 9 September 2014.

ESCAPE Shots Merdeka Video Contest Submition

Cara Menyertai Kontest Video Merdeka : ESCAPE Shots

  1. Daftar di http://www.celcomescape.com/escapeshots sertakan nama, email dan no telefon anda.
  2. Anda boleh menggunakan lagu “Warisan” versi asal dari Allayarham Sudirman Haji Arshad atau muat turun lagu “Warisan” versi cover dari Narmi di https://www.dropbox.com/s/25hrdiddrcbntnn/0294%20ESC%20Narmi-Warisan-CleanVersion-VerB.mp3 dimana anda akan menggunakan mana-mana bahagian dalam lagu ini untuk video anda
  3. Hantar video penyertaan anda

Mudah bukan.

Anda boleh menghantar penyertaan anda melalui :-

  1. Penyerahan secara online – iaitu dengan upload video itu ke laman YouTube. Setelah upload ke YouTube, anda perlu isi borang yang disediakan di sini – Celcom Escape Video Submit
  2. Penyerahan Pos DVD – Anda perlu mengisi borang yang telah disediakan terlebih dahulu. Borang tersebut setelah diisi lengkap perlu dicetak dan dikirimkan bersama dengan DVD video anda dalam format AVI, MP4 atau format H.264. Hantarkan ke alamat berikut: : : Aras 21, Menara Celcom, 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang :-

  • Tempat pertama – RM 57,000
  • Tempat Kedua – RM 30,000
  • 7 Hadiah Saguhati – RM 10,000

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.celcomescape.com/escapeshots

Hadiah yang ditawarkan memang menarik membuat Bro tertarik untuk menyertainya.

Kalah menang belakang kira, asalkan Bro dapat hasilkan video yang boleh mengambarkan cinta Bro pada Negara.

Sama seperti yang cuba digambarkan oleh tema pertandingan ini dan tema kemerdekaan tahun ini – “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”.

Warisan cover by Narmi

“Warisan” cover by Narmi

Untuk pengetahuan,

Selain menggunakan lagu “Warisan” dari Allayarham Sudirman Haji Arshad, anda boleh menggunakan lagu “Warisan” cover by Narmi.

Beliau menyanyikan semula lagu ini sebagai tanda peringatan kepada Allayarham Sudirman Haji Arshad dimana mendapat ilham dari baris pertama lagu ini “Disini Lahirnya Sebuah Cinta”

Beliau berharap ianya juga mampu memberi inspirasi kepada peminatnya dan juga rakyat Malaysia untuk menyertai Kontest Video Merdeka : ESCAPE Shots dan memenangi wang tunai RM 157,000

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.celcomESCAPE.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “ESCAPE Shots – Merdeka Video Contest

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *