Pada 23 Ogos, Tony Roma’s Malaysia telah membawa keceriaan dan kegembiraan kepada 130 penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), tempat perlindungan untuk ibu tunggal dan anak yatim.
Mereka telah mendermakan RM20,000 untuk mereka disini merasai Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.
Ianya merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Tony Roma,
Telah dihadiri oleh COO Revenue Valley, Dickson Low dan pengasas RTK ini Hajjah Sharifah binti Adlan, dan disertai oleh lebih daripada 100 kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh (RTK).
Gambar Bro bersama dengan salah seorang penghuni RTK. Siap request nak ambil gambar sesama.
Tony Roma’s Malaysia’s telah berkerjasama dengan RTK sejak bulan Jun lagi.
Dimana mereka ingin menyalurkan sedikit keuntungan dari hasil jualan mereka sebagai tanda menyokong usaha RTK selama ini.
Bagi tempoh sepanjang 30 Jun hingga 17 Ogos, pelanggan di semua cawangan Tony Roma Malaysia yang membeli mereka hidangan Beef 10 akan menyumbang RM5 kepada tabung sumbangan RTK ini.
Pelanggan dan pembekal juga boleh menderma melalui tabung derma yang dipamerkan di setiap cawangan.
Bersama orang kuat Tony Roma’s Malaysia – Mr. Muhammad Adam Mah
Selain sumbangan RM20,000,Tony Roma’s Malaysia juga membantu dengan membaik pulih dapur di RTK, dan menderma keperluan harian bernilai RM6,000. Ia termasuk barang-barang keperluan dan dua komputer untuk kerja sekolah dan penyelidikan.
Diharapkan ianya bukan program CSR Tony Roma’s Malaysia yang pertama dan terakhir.
Moga tahun akan datang lebih banyak rumah-rumah seperti ini diberi peluang dan diraikan dengan lebih ramai pihak yang tampil untuk berkerjasama.
sekali-sekala meraikan mereka..memang rasa seronok sangat.
Seronok melakukan aktiviti amal. Penatnya tak terasa sangat…
wah bestnye dpt buat charity dgn anak2 yatim :)
lst program charity iena bln pose ritu je (^_~)
Ok, next time Bro ajak Iena join sama ek
Semoga lepas2 ni makin banyak aktiviti2 charity macam ni diadakan.. =)
Rosmiza Ali Official Blog™
Harap macam tue la, bro dah lama x join aktiviti macam nie
Makin popular dikalangan syarikat besar untuk CSR
Tahniah tuan
Siapa pulak yang makin popular dikalangan syarikat besar?
bagus aktiviti sebegini.. semoga berterusan hendaknya…
Harapnya macam itu la, teringin juga nak sertai
Zaman sekarang banyak syarikat korporat yang membantu mereka yang memerlukan.
Alhamdulillah..mulia sungguh hati mereka ni..semoga menjadi contoh dan ikutan syarikat2 korporat yg lain..:)