April 26, 2024

Astro Arena Terbit Majalah Sukan Elektronik Pertama di Malaysia

Majalah Elektronik Arena Isu Pertama

Majalah Sukan Elekronik Pertama

Astro Arena mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan majalah sukan elektronik pertama di Malaysia berjudul ‘Arena’.

Kini, para peminat sukan tempatan boleh mengikuti perkembangan sukan terkini pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda hanya perlu memuat turun majalah ini yang sudah memasuki edisi kedua di App Store dan Play Store secara percuma.

Majalah ini direka persis majalah fizikal yang sebenar bagi memberi maklumat yang lebih pantas, terkini dan tepat.

Hadir dengan ciri interaktif dan grafik digital menarik yang pasti memberikan nafas baru kepada industri berita sukan tempatan.

Kandungan Majalah Sukan Elektronik – Arena

Kandungan bagi setiap edisi keluaran majalah sukan digital ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen antaranya :-

  • Dari Stadium Astro yang meliputi rangkaian berita terkini arena sukan tanah air, liputan program-program siaran Astro Arena dan juga tinta wacana daripada para pengulas dan pengacara Astro Arena.
  • Galeri bakal menampilkan sorotan variasi gambar dan video acara-acara sukan menarik yang dipetik daripada saluran YouTube Astro Arena.
  • Bilik Loker pula bakal membawa para pembaca melihat sisi pandang yang lebih santai dengan mengetengahkan topik-topik berkaitan fesyen dan gaya hidup barisan penggiat sukan negara.
  • Laman Prestasi menampilkan barisan atlet kebangsaan dan juga pakar-pakar sukan berkongsi pelbagai panduan serta tunjuk ajar dalam menjalani latihan sukan-sukan tertentu
  • Fokus menjurus ke arah kisah acara-acara yang sukan yang telah berlangsung
  • Lagenda membawa para pembaca menyelusuri pengalaman pahit, manis, jerih dan perih yang dilalui oleh tokoh atlet sukan yang pernah mewakili Malaysia suatu ketika dahulu.

Majalah Elektronik Arena Isu KeduaIstimewa untuk edisi kedua ini, atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) wanita professional pertama Malaysia, Ann Osman bakal menghiasi muka depan Arena dan ikuti temubual eksklusif bersama beliau.

Selain itu, pemain hoki kebangsaan, Fitri Saari akan berkongsi mengenai perkembangan kerjaya beliau.

Seorang bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan iaitu Mohamad Bakar akan berkongsi pengalaman beliau sepanjang mewakili negara ketika menyertai pelbagai kejohanan dunia dalam segmen ‘Lagenda’.

Segmen ‘Bilik Loker’ pula akan menampilkan kapten pasukan Sime Darby FC, Juzaili Samion.

Manakala laman prestasi menerusi segmen Dapur Atlet menampilkan Zaiful Zainal Abidin, pemegang rekod kebangsaan acara trek 400m lelaki bakal berkongsi rahsia pemakanan dan cara penyediaan masakan kegemaran beliau dalam segmen ‘Dapur Atlet’.

Oleh itu, dapatkan segera dan ikuti segala kisah ini dan pelbagai lagi topik istimewa berkaitan perkembangan berkaitan dunia sukan tempatan yang terkini, tepat dan mudah secara interaktif hanya di Arena edisi kedua.

Majalah ini boleh diakses dan dimuat turun secara percuma di App Store dan juga Play Store.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Astro Arena Terbit Majalah Sukan Elektronik Pertama di Malaysia

  1. Tahniah ASTRO… Kerana berjaya menerbitkan Majalahsukan Elektronik Pertama di Malaysia… Lepas ni semakin mudah nak mengikuti perkembangan sukan tanahair… Informasi berada di hujung jari…

  2. bagi saya e-magazine waktu sekarang lebih relevan.kerana orang lebih lama mengadap PC/ Smartphone dari baca buku skrg.satu langkah bijak dr Astro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *