April 24, 2024

Majlis Akad Nikah Rakan Blogger – Aku Lah Pak Lan

Majlis Akad Nikah Aku Lah Pak Lan
Alhamdulillah ,

Dengan sekali lafaz, selesai juga majlis akad nikah rakan blogger yang Bro kenali sejak tahun 2011 – Aku Lah Pak Lan atau dengan nama manjanya Pak Lan.

Malangnya Bro tidak dapat hadir pada majlis pernikahannya, sebab Puan Isteri masih berkerja shif malam ini.

Esok pagi, baru kami bergerak ke sana.

Apa-apa pun tahniah Bro ucapkan “Selamat Pengantin Baru”.

Akhirnya hang bukan bujang sudah. Tapi gua boleh jamin, mesti ada yang masih menaruh hati dengan hang. Tak percaya, hang balik Bangladesh he…23x

Majlis Akad Nikah Aku Lah Pak Lan

Gua ingat lu nikah petang ini, rupanya pukul 10 pagi.

Patut la gua call dalam kul 11 pagi, suara lu macam ada aura pengantin. Happy semacam je he..23x

Tak pe, gua pernah rasa apa yang lu rasa nie. Kalau la boleh rasa lagi kan he..23x Lepas nie tak manis pula aku nak tumpang lepak tidur mandi rumah hang.

Paling teruk pun gomol bantal busuk hang dah. Ke hang dah buang bantal tue?

Doakan perjalanan gua dan keluarga esok selamat sampai. Kalau esok malam, hang masih tidur asing. Boleh kot kita keluar berdua buat party bujang sat. Perkena roti canai pun care juga.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Majlis Akad Nikah Rakan Blogger – Aku Lah Pak Lan

  1. Selamat Pengantin baru buat rakan bro… Semoga ikatan perkahwinan yang dibina bersama suri pilihan hati, berkekalan hingga ke akhir hayat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *