April 23, 2025

Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah


Setinggi kesyukuran penuh kepujian kepada Allah SWT, dengan nikmat dan izinNya, dapat kita meraikan sambutan Maulidur Rasul pada tanggal 12 Rabiulawal 1433 Hijrah ini bersamaan 5 Februari 2012 Masehi.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW jua ke atas keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas sekalian Tabiin dan ulama sepanjang zaman.

Sempena Maulidur Rasul kali ini, bro dan keluarga berdoa agar Allah SWT memberikan kepada kita semua limpahan taufik dan hidayahNya untuk kita memperteguhkan tekad dalam melaksanakan pembangunan negara.

Ya Allah, abadilah rahmat dan nikmatMu di bumi bertuah ini.

Serta sempurnakanlah iltizam kami bagi memperjuangkan agenda ummah dengan segala kesyumulannya serta penuh hikmah.

Kepada Mu-lah jua kami memohon kekuatan dan inayah.

Amin.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah

  1. Salam malidur rasul dari Jay buat semua..Sama2 kita berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad saw..Semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *