Isteri dan Anak – Adalah Anugerah
Terus terang aku katakan, ini pertama kali dalam hidup aku mempunyai seorang isteri dan seorang anak. (Belum plan nak tambah lagi).
Maka, waktu yang aku ada amat berharga untuk mereka.
Mungkin sejak kebelakangan ini, Bro kurang update blog, kurang sertai aktiviti bersama blogger. Event pun lebih kurang sama. Bagus bila ada PR yang memahami, dan tak bagus bila ada PR yang langsung tak memahami.
Tak apa, itu hak mereka.
Mungkin rezeki Bro dengan mereka kurang dan ianya berpindah kepada orang lain (sekurang-kurangnya orang lain dapat juga merasai rezeki ini – xde la orang cakap, Bro bolot semua he..23x)
Tetapi bila kita ada isteri dan ada anak. Lagi banyak pintu rezeki yang akan terbuka.
Percayalah…
Cuma rezeki itu bukannya datang dalam bentuk yang sama.
Lately Bro boleh dikatakan kerap tidak mengemaskini blog ini dengan kisah dan info terkini. Tanpa blog Bro, masih ada blog-blog lain yang anda boleh baca :)
Cuma, mungkin inti patinya tidak sama.
Ye la, siapa nak baca blog lelaki yang sudah berkahwin dan asik cerita pasal hal isteri dan anak.
Jika ada apa-apa, Bro memang akan utamakan isteri dan anak dulu. Begitu juga dengan seorang rakan blogger. Kerjaya beliau memang mencabar, tetapi beliau tolak ke tepi sekejab sebab nak fokus pada keluarga.
Belum lagi, sorang blogger nie sampai 15 hari menyepi.
alhamdulilah anak-anak itu hadiah dari ALLAH .. di terbit rezeki bersamanya ^_^
Harap makin dipermudahkan rezeki dariNya
Moga segala urusan Bro dipermudahkan… Insha Allah…
Oran tua-tua pesan rezeki anak-anak akan ada. Selalunya mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka didalam kesempitan.
Keluarga lagi penting bro..sape yang tak paham tu memg hnya pentingkan duit…
memang lepas kahwin, faktor kepentingan terus berubah. huhu. saya baru 3 tahun kahwin dah ada 2 orang anak. penat tapi bahagia. =)