April 26, 2024

Pengalaman Pandu Uji Tayar Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Michelin Off-Road Days - Berpeluang Pandu Uji Tayar Michelin FTX Force
Baru-baru ini Bro berpeluang untuk sertai Michelin Off-Road Days yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang dari 20 – 23 Mac 2018.

Peluang ini dibuka kepada pelanggan tetap Michelin dan juga pemenang peraduan yang mereka jalankan di laman facebook.

Menariknya, kami diberi peluang untuk merasai keistimewaan dan teknologi yang terdapat pada tayar terbaru mereka, yakni Michelin FTX Force.

Ia direka khas untuk kegunaan pacuan 4 roda (4X4 Vehicle) sama ada diatas jalan (on-roads) atau diluar jalan (off-roads).

Pelanggan tetap yang mereka jemput juga bukan calang-calang.

Mereka juga terdiri dari mereka yang mempunyai latar belakang pekerjaan yang memerlukan kenderaan mereka beraksi di jalan yang lasak dan mencabar.

Bila dengar mereka bagi pendapat tentang tayar Michelin FTX Force, memang nampak mereka lebih arif mengenainya dan mencadangkan tayar ini sesuai untuk mereka gunakan dalam aktiviti seharian mereka.

Tidak dinafikan bila statistik menunjukan jumlah pengguna SUV / 4X4 di Malaysia hampir 12% yang merangkumi 61,275 unit dijual pada tahun 2017 (Sumber : Persatuan Automotif Malaysia).

Sesi Pandu Uji tayar Michelin FTX Force

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Bro sendiri berpeluang untuk merasai pengalaman menggunakan Michelin FTX Force dalam masa yang sama membandingkan ia dengan penggunaan tayar-tayar dari ‘jenama yang lain’.

Untuk permulaan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan beberapa sesi ujian dilokasi dan ujian yang berbeza.

Antaranya,

  • Halangan Slalom
  • Zon Membrek
  • Off-Roads

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Bro agak teruja dan ada sedikit perasaan gusar bila ia merupakan kali pertama Bro memandu kenderaan pacuan 4 roda (4X4 Wheel Vehicle).

Bagaimanapun, perasaan itu mula hilang bila berada di tempat pemanduan.

Terasa ianya serasi dengan Bro bila memandunya dalam beberapa ujian yang berbeza menggunakan Hilux yang dipasang padanya tayar Michelin FTX Force.

Untuk pengetahuan anda,

Kemampuan Michelin FTX Force di atas jalan didayakan oleh Teknologi CompacTread, di mana cengkaman pada kawasan blok bunga tayar yang berhubung dengan permukaan meningkat, untuk lebih mudah membrek dan lebih selamat.

Rekaan berdasarkan Teknologi BevelTread, melalui kelebihan sloping bulat mengurangkan penghasilkan bunyi bising pada frekuensi yang sensitif terhadap telinga manusia, sekaligus mendamaikan pemanduan anda.

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Kami juga turut diberi peluang memandu Hilux yang menggunakan tayar dari jenama lain untuk merasai perbezaan ketika memandu.

Sewaktu ‘Halangan Slalom’, boleh terasa perbezaan menggunakan tayar Michelin FTX Force sewaktu mengambil selekoh berturut-turut mahupun selekoh tajam.

Cengkaman tayar pada permukaan jalan lebih terasa, bukan Bro lebih berkeyakinan untuk mengambil selekoh pada kelajuan lebih tinggi dari kebiasaannya.

Bunyi yang dihasilkan oleh tayar pada permukaan jalan juga agak kurang.

Bagaimanpun kemampuan tayar ini teruji sewaktu berada di zon membrek dimana Bro dikehendaki memandu selaju yang boleh (sehingga 80km/j) sebelum membuat emergency brek menggunakan kaki.

Bro perlu lakukannya menggunakan kedua-dua Hilux yang dipasang dengan tayar Michelin FTX Force dan juga tayar dari jenama lain. Kemudian, keputusan yang diperolehi akan direkod sepanjang acara ini diadakan.

Antara keputusan awal menunjukan, tayar Michelin FTX Force mampu membuat kenderaan berhenti kurang 1 – 2 meter berbanding dengan tayar dari jenama lain.

Walaupun sekadar 1 – 2 meter kurang, ia mampu mempengaruhi kesan yang mungkin anda hadapi ketika terlibat dalam kemalangan.

Sesi Off-Roads Menggunakan tayar Michelin FTX Force

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Jika tadi Bro banyak menceritakan tentang aktiviti On-Roads, kali ini Bro ingin kongsikan pengalaman Bro Off-Roads menggunakan tayar Michelin FTX Force.

Bagaimanapun, sesi ini kami turut menggunakan tayar BFGoodrich All-Terrain T/A KO2 yang diketahui lebih lasak dan lebih sesuai digunakan dalam aktiviti Off-Roads.

Lagipun Michelin FTX Force dihasilkan dengan beberapa ciri yang turut terdapat pada BFGoodrich All-Terrain T/A KO2.

Disertakan dengan Teknologi CushionGuard, yang mampu menyerap ketidaksempurnaan jalan raya untuk pemanduan yang lebih selesa.

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Untuk sesi Of-Roads, kemampuan tayar Michelin FTX Force teruji melalui beberapa laluan mencabar.

Dari laluan berlumpur, menaiki jalan berkelikir, laluan batang pinang, menuruni & mendaki bukit dengan kecondongan 30 darjah serta selekoh berpasir.

Tidak lupa juga laluan yang mempunyai kecondongan, laluan tidak rata / berlubang serta laluan berbatu besar.

Segalanya perlu dilalui oleh kami untuk merasai kemampuan Michelin FTX Force yang hampir menyerupai BFGoodrich All-Terrain T/A KO2.

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Sebagai penutup acara Off-Roads,

Kami berpeluang menaiki tebing yang mempunyai kecurungan hampir 90 darjah. Memang ianya satu pengalaman yang berharga buat kami semua.

Lebih-lebih lagi, segala aktiviti yang kami lakukan sepanjang hari diiringi oleh tenaga pengajar yang pakar dalam bidang ini.

Apa-apa pun terima kasih Bro ucapkan kepada pihak Michelin Malaysia atas peluang yang diberikan ini terutama kepada umum untuk menguji sendiri kemampuan Michelin FTX Force.

Bro rasa, macam nak angkat sebiji Hilux nanti untuk menguruskan ‘projek’ yang bakal Bro ceburi tidak lama lagi. Yang pasti, Michelin FTX Force tetap menjadi pilihan Bro.

Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

Michelin FTX Force boleh didapati dalam pelbagai jenis – dari 15 hingga 18 inci – di cawangan perkhidmatan kereta TYREPLUS, MICHELIN EXPERT CENTER dan peniaga sah Michelin di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai tayar Michelin FTX Force atau produk lain dari Michelin, anda boleh layari www.michelin.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Pengalaman Pandu Uji Tayar Michelin FTX Force Di Michelin Off-Road Days

  1. Mesti rasa teruja sangat kan bila dapat try memandu kereta yg lain dari kebiasaan kita pandu. lagi2 kalau kereta tu jenis yang tahan lasak macam ni.

  2. wah bagus ni, nanti nak suruh husband pergi try la, tayar michelin ni memang bagus untuk aktiviti lasak. nampaknya kalau nak pergi masuk ladang kelapa sawit ke boleh lah beli kereta macam tuuu.. heee

  3. Part last sekali tu nampak macam seram sanagt plak bro…ish…kalau SA dalam kereta tu memang dah jerit dah…but its a very good experience for you and its memorable..mana tau bleh beli Hilux satu…pengalaman bawak hilux dah ada kan…wana maroon tu lawa bro

  4. Lepas ni boleh minta bos tukar tayar 4×4 komepni ke michelin FTX ni. Baca rebiu ni nampak berselera masuk offroad..90deg, mencengkam giler!

  5. Tayar michelin mmg diperakui sejak berzaman kan..nampak padu tayar tu compare brand yg lagi satu..kalo pki 4×4 wajib beli yang ini..kalo pki compact car biasa2 sudah..hihi

  6. Bestnya dapat drive challenging macam tu haha
    Airah tau michelin antara tayar yang terbaik walaupun tak kisah sangat pasal kereta hhaha

  7. Kita tetarik tengok kereta jer tak perasan ni promote tayar hehehe ingat bro drive yang kereta tengah masuk lumpur tu ada berani lah wakakakak…

  8. owhh pasal tayar rupanya. Ingatkan ada kereta pacuan 4 roda baru dilancarkan. Huhu. Tayar yang bagus untuk kegunaan aktiviti lasak. Sesuai untuk mereka yangs entiasam “on the go” lifestyle. Terbaik lah bro dapat pengalaman seperti ini !

  9. I was surprised to see the photo that it can drive up the stiff cliff. What a good and fun experience driving this car.

  10. Seronoknya bawa kereta besar. Adventure plak tu lalu kat laluan berlumpur. Tayar Machelin memang bagus. Cuma tulah, kena pandai menabung utk tukar tayar setahun sekali. Hehe

  11. Tak pernah lagi guna tayar michelin. I heard it’s good and safe too. Saya kalau nak to try off road memang out la kot. YG on road pun failed lagik.

  12. Wahhh best nye bro dapat peluang pandu sendiri. Peluang yang jarang boleh dapat ni. Kalau ana seram nak naik dlm lumpur tu. Tp kalau tayar bagus tu terjamin bagus boleh lah beranikan diri.

    Wah.. Siap pasang niat nak angkat sebiji hilux tu. Ana doa hajat bro tercapai. Amin.

  13. I know this may sound crazy…but one day i hope i will get to join this kind of activity coz i really love the adrenaline that kicks in when pushing a vehicle to its best potential. Of course, in this case the best potential of the tyres.

  14. The Michelin tyre can last longer although drive in rocky or jungle track. I prefer Michelin tyre for my car and they have better grip.

Leave a Reply to Yana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *