April 26, 2024

Chow Kit Trade Center (CKTC) Bakal Jadi Mercu Tanda Berprestij Chow Kit

Chow Kit Trade Center Mercu Tanda Chow Kit
Imej Chow Kit bakal menyerlah dengan adanya mercu tanda berprestij Chow Kit Trade Center (CKTC) tidak lama lagi.

Ia akan menjadi kedai borong sehenti utama pertama di Chow Kit untuk produk kosmetik, kitchenware dan herba Melayu tradisional, ikon 10 tingkat yang baru di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Setakat ini Tingkat 7 telah dimiliki oleh MK Cutain (pusat jualan langsir terbesar) dan tingkat 6 pula telah dimiliki oleh Hypershoe.



Seperti yang kita sedia maklum, Chow Kit merupakan sebuah penempatan yang mempunyai warisan sejarah yang kaya. Ia akan dibangunkan oleh New Paradise Development, anak syarikat kepada VINSSON Group.

Ia akan memberi nafas baru kepada bandar bersejarah Chow Kit yang dikenali dengan barisan kedai runcit yang telah lama wujud menuju kemodenan.
Chow Kit Trade Center Mercu Tanda Chow Kit
Menurut Pengasas VINSSON Group, Dato’ Michael Lim,

Pembangunan Chow Kit Trade Center (CKTC) mampu memberi nilai yang signifikan bukan sahaja kepada Chow Kit, bahkan kepada kedai borong dan para pelabur di CKTC itu sendiri.

Bertahun lamanya, Chow Kit menjadi lokasi pilihan bagi masyarakat sekeliling untuk meluangkan masa memborong. Ini kerana ia merupakan kedudukannya serta pelbagai barangan borong boleh ditemui disini.

Berbekalkan pengetahuan khusus mengenai pasaran Malaysia melalui projek-projek yang lalu, kami membangunkan pemahaman tentang pemborong dan pelabur yang disasarkan, dan benar-benar mencapai apa yang kami ingin lakukan

Pembangunan Chow Kit Trade Center Mendapat Sambutan Menggalakkan

Chow Kit Trade Center Mercu Tanda Chow Kit
Sambutan yang diterima agak menggalakkan menunjukkan pembangunan Chow Kit Trade Center (CKTC) mendapat pemintaan yang tinggi bila projek ini dibuka untuk jualan pada Februari 2017.

Ia mempunyai akses yang mudah melalui jalan-jalan utama serta berhampiran dengan kemudahan pengangkutan awam seperti Chow Kit Monorail, Kampung Baru LRT, PWTC LRT, Terminal Bas Pekeliling dan Pudu Sentral UTC.

Tambahan Dato’ Michael Lim,

Ia dapat dilihat keseluruhan pembangunan akan diduduki sepenuhnya menjelang Disember 2017 dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM156,828,030.

Pembangunan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2019.

Chow Kit Trade Center

Chow Kit Trade Center (CKTC) terdiri dari 254 lot dengan angaran keluasan 52 hingga 181 kaki persegi dan dijual dari harga RM101,400 hingga RM1,411,800.

Hingga kini, 50% telah dijual kepada para pelabur.

Bicara Bro : Target macam nak sambar 2-3 lot dekat sini. Mana tahu untuk perlaburan masa depan ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Chow Kit Trade Center (CKTC) Bakal Jadi Mercu Tanda Berprestij Chow Kit

Leave a Reply to Wan Syahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *