Mengetengahkan elemen budaya Melayu, Filem Kerja Kahwin terbitan Wayang padu Sdn Bhd bakal ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia bermula 20 Julai 2017.
Filem arahan Dr. Anwardi Jamil ini telah terlebih dahulu menemui penonton luar negara ketika dijemput untuk ditayangkan di Festival Filem Asia Capri di Itali serta One Country One Film di Perancis pada tahun 2016.
Ia dilihat mampu menonjolkan kelainan dalam konsep perkahwinan dan persandingan tradisional masyarakat Melayu khususnya pada dunia luar dalam membudayakan filem kita di persada antarabangsa.
Satu ketika dahulu,
Budaya dan tradisi upacara perkahwinan melayu cukup dipandang tinggi, malangnya arus permodenan hari ini sedikit sebanyak mengikis nilai estetika dan tradisinya.
Filem ini diteraju oleh pelakon berpengalaman Datuk Rosnani Jamil dan dibantu oleh Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid, A.R. Badul, Aziz M. Osman, Anne Abdullah dan Syed Ali.
Ia turut menampilkan Janna Nick yang pertama kali membuat penampilan di layar Perak.
Sinopsis Filem Kerja Kahwin
Filem Kerja Kahwin mengisahkan tentang Farah (Janna Nick) yang ingin melangsungkan perkahwinan mengikut adat dan budaya kaum Melayu bagi memenuhi keinginan neneknya, Mak Tok (Datuk Rosnani Jamil).
Pelbagai kejadian lucu berlaku sepanjang tempoh persediaan untuk majlis perkahwinan Farah.
Dalam masa yang sama, diselitkan beberapa babak yang memaparkan budaya dan tradisi masyarakat Melayu satu ketika dahulu setiap kali berlangsungnya kenduri kahwin.
Setiap babak ini, turut disertakan dengan pencerahan supaya Farah dan juga penonton (korang la tue) yang tidak biasa dengan budaya perkahwinan Melayu faham kenapa kenduri kahwin sesuatu yang amat dinantikan oleh penduduk kampung.
Ianya seperti pesta keramaian,
Dari aktiviti merewang, marhaban hingga ke joget lambak dimalam akhir majlis perkahwinan.
Bagi Bro, ianya sesuatu yang unik dan mula dilupakan oleh generasi sekarang ini. Ada babak yang mampu buat Bro tersenyum, dan mengibau kembali sewaktu kahwin dahulu he…23x
Paling best, part budak kompang tunjukan taring dorang. Perghhhh….!!!
Memang satu naskah yang berbaloi untuk ditonton terutamanya bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga dan cuba untuk menghidupkan semula tradisi ini agar tidak hilang ditelan zaman.
Bagaimanapun sebalik kemeriahan yang ingin disampaikan dalam Kerja Kahwin, ada beberapa mesej juga cuba disampaikan, antaranya :-
- Konflik kekeluargaan
- Ketemu jodoh ketika kenduri kahwin
- Tip memasak makanan yang sedap
- Adab akad nikah
- Karenah menyambut pengantin (tol dan berbalas pantun)
- Penilaian orang tua terhadap ‘kesucian’ si pengantin (Dalam cerita ini, Janna Nick dah ‘tak suci’ tapi pandai dia cover line he…23x)
“Ops…!! Jangan pecah rahsia kita wak” bisik Janna Nick pada Bro.
Maka, jangan lepaskan peluang menonton Filem Kerja Kahwin yang mula ditayangkan dipawagam bermula dari 20 Julai 2017.
Bicara Bro : Bila nampak Janna Nick kahwin dalam Filem Kerja Kahwin, tersama macam nak kahwin lagi.
Kalau boleh, dengan Janna Nick. Aci x?
The storyline looks interesting. I will bring my children to watch it too supaya anak I understand the Malay culture more.
Bro…kalau sis buat senarai gan sape bro nak khawin sure panjang berjela kan bro? Hahaha
Kalau letak nama kak hanny, maka pendek je la senarainya hahahaha
Mampu baca ne bro, nak gi layan movie tak tau bila hehee, anak2 masih kecik2 lagi ni