March 29, 2024

Blogger Makin Sombong

Denaihati Iftar Laman Kayangan
Kalau ikutkan, Bro kurang berminat nak kongsikan isu ini. Tetapi rasanya, perlu bro kongsikan “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 39″ berkenaan dengan blogger yang sombong.

Bukan nak aibkan sesiapa, cuma nak bagi kesedaran kepada rakan blogger yang lain. Kita hidup hanya sekali, kenapa perlu sombong dengan orang lain.

Bro telah berblog sejak tahun 2006.

Dalam tempoh waktu itu, dapat berkenalan dengan ramai blogger.

Ada yang sekarang jadi penulis, jadi selebriti, jadi suami/isteri orang, jadi mak bapak, jadi ahli politik, jadi businessman. Ada yang hilang tanpa berita, ada yang selama ini fake dan ada yang telah pergi.

Gambar Gathering Sahabat Blogger 2011

Sekarang ini, ramai yang jadi blogger.

Terlalu ramai. Macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Malangnya tak semua blogger Bro kenal. Dan tak semua blogger kenal Bro (blogger yang hampir nak menopause).

Ada yang pernah jumpa, ada yang tak pernah jumpa. Hanya kenal di dunia maya, sembang di facebook, twitter etc.

Tak kenal maka tak cinta.

Jangan pula korang anggap, Tak bertegur tak bermakna Bro atau anda adalah seorang yang sombong. Mungkin tiada topik untuk diperbualkan.

Ada orang, rancak bersembang secara online. Bila bertentangan mata, lidah jadi kelu.

Blogger Popular Malaysia

Tapi korang mesti rasa pelik.

Bila bertahun kenal, bertahun jumpa bersembang, bergathering dan ber”dating”.

Tetapi sejak dua menjak. Bila berjumpa, susah sangat nak bertegur sapa. Sekurang-kurang hanya perlu ucapakan “Hi” ataupun naikkan kening tanda menegur.

Mungkin dia rasa tak perlu kot nak bertegur sapa, sebab selalu sangat jumpa.

Ok dah fikir positif disini.

Mungkin juga dia rasa tak layak untuk bersembang atau lepak dengan kita. Tapi bila dia sensorang, terhegeh-hegeh pula nak lepak dengan kita. Nampak sangat ke”fake”an disitu.

Bukan Bro sorang perasan, orang sekeliling juga perasan.

Iftar Bersama Blogger 2014

Bro akui, ramai blogger Bro tak tegur dan bersembang sewaktu Iftar Bersama Blogger 2014 tempoh hari.

Mungkin ada rakan-rakan yang perasan.

Bro lebih banyak duduk setempat dari berjalan-jalan.

Mungkin ada yang perasan dan ternampak sesuatu yang terpapar pada raut wajah Bro malam itu.

Kadangkala, Bro terfikir. Masihkah ada peluang lagi untuk Bro dan korang bersama lagi. Mungkinkah Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita?

Apa-apa pun terima kasih pada rakan-rakan yang sudi bertegur sapa dengan Bro.

Maaf jika ada yang nampak macam Bro nie sombong. Tegur je Bro, insya’lah Bro akan entertain anda selagi mampu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

41 thoughts on “Blogger Makin Sombong

  1. setuju…bukan nak mengata..tapi kat laman sosial pun ramai yang sombong..pernah saya tanya seorang rakan blogger..kenapa x add blogger yang femes tu jadi rakan…dia kata…dah beberapa kali tegur dalam fb tapi tak pernah berjawab…saya pun pernah juga beberapa kali kena mcm tu..kadang2 bukan kita sombong ke apa ke..cuma segan nak tegur…bukan apa malu andai sapaan kita diam tak berjawab…segan la

  2. Pojie tak pernah sombong ngan bro n mana2 blogger kan?
    Bro pun tak sombong.
    Cuma klo terjumpa Pojie pasnih, Pojie senyap bukan sombon tau
    Tapi segan.
    Semua blogger semakin meletop2, Pojie je blogger dah berkuburrrrr..
    Hahha!

    Selamat Hari Raya bro!

  3. Bro antara blogger yang ‘rajin’ dan sangat peramah..
    Dengan sesiapa pun Bro tegur..
    Even dengan MJ walaupun sangatlah segan, yela MJ blogger biiasa2 tp Bro luar biasa, tp tetap tegur menegur bila berjumpa.

    Dan mungkin Bro ada terkecil hati sesangat tu yg terbit entry ni ha :)

  4. Bro Framestone. saya bukan tak ingin tegur. tapi memang tak pernah join.
    Blogger baru la katakan. Tetapi best berkawan dengan blogger. sporting dan tak kedekut ilmu.

  5. Teringin join majlis blogger macam ni tapi apakan daya, deno jauh di terengganu… huhu… btw maafkan deno jika deno ter”sombong” dengan bro

  6. Saya pernah cuba nak bersembang dengan Bro semasa Himpunan Penulis Blog terbesar Blogrrr… Tetapi betullah seperti yang bro kata, lidah jadi kelu bila pertama kali bersua muka… ;)

  7. akak ni kalau orang kata sombong memang patut pun sebab jarang pergi majlis blogger, kadang kat fb jadi fren tapi bila dah ramai2 masih tak perasan, apa pun situasinya berusaha untuk memahami, maklumlah blogger dah tahap mak cik mak cik

  8. inilah masalah generasi-Y. lebih suka bersosial di laman sosial berbanding cuba bersosial dengan orang sekeliling.

    kalau berborak dengan bro ni…boleh tak berhenti tau..

  9. SA x sombong tau cuma x ditakdirkan untuk SA hadi ke majlis..pernah berharap agar SA terserempak dengan mana2 blogger kalau pi mana2..insyaallah SA akan tegur..tu la bro…susah sangat nak terserempak….

Leave a Reply to Kisah SI Dairy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *