Hidup dalam dilema.
Gua rasa, bukan gua sorang je pernah rasa macam nie. Lu lu dan lu juga pernah rasa.
Kecuali kalau lu bukan jenis ada perasaan macam gua dan lu-lu yang lain.
Yang gua nak cerita ini, bukan pasal kisah hidup gua (Tapi ada la sikit-sikit).
Umur makin meningkat, kahwin idak lagi. Relax la, jiwa masih muda lagi walaupun umur sudah 30-an. Hati dan perwatakan makin matang.
Tapi tetap juga hadapi dilema.
Terutama bila balik kampung, mak bapak dok bentang proposal satu per satu calon menantu yang mereka berkenan. Sedangkan korang usha dengan penuh perasaan tak bernafsu.
Bukan semua pilihan mak bapak tak ok. Ok je.
Cuma biasalah, manusia. Kalau tak sentuh mana tahu benda itu ok ke tak kan. Kecuali kalau korang jenis terima seadanya.
Belum lagi memember menyindir, “bila mu nak ada anak?” sambil muncungkan mulut dekat perut korang yang memboroi macam orang mengandung. Baik punya perli.
Dah tahu, member tak kahwin lagi. Macam mana nak ada anak kan. Nampak gurauan kasaqnya di situ.
Belum kisah orang yang dilema sebab terlanjur.
Mahu bertanggungjawab, malangnya si awek itu tak hingin nak berlakikan lelaki macam korang.
Ambil kau.
Boleh je korang nak angkat kaki blah. Dah green light tue. Tapi ingatlah dosa yang korang pikul sampai ke akhirat kelak.
Yang itu bagi lelaki, yang ini pula bagi perempuan.
Dah la terlanjur, boleh pula ditinggalkan oleh si lelaki itu. Kalau tak mengandung tak pe. Kalau mengandung? macam mana pula? Keluar air mata darah sekali pun tak mampu nak harungi keadaan macam ini sorang-sorang.
Keluarga dah malas nak ambil port.
Belum lagi kawan-kawan yang jauhkan diri sebab waktu kita asik bercintan-cintun dok abaikan kawan-kawan dan fokus dekat boyafriend #24jam7hariseminggu (dasyat tak gua punya hastag).
Kalau dapat lelaki yang bertanggungjawab tak apa la juga.
Tapi tengok gak la tahap ekonomi dorang dan juga tahap hingus mereka mengalir. SPM pun tak habis lagi, nak bertanggungjawab la pulak. Spender pun mak bapak yang belikan (ayat mak gua tuju dekat gua masa gua sekolah lagi).
Paling tak boleh blah, kalau laki orang.
Siap sanggup nak kahwini sebagai bukti sudi bertanggungjawab. Tapi dekat Siam la ek. Hakkk Tuuiiiiii
Ok, bila dah kahwin pula.
Ingatkan bahagia sampai ke petang, rupanya ada pula orang yang cuba hilangkan senyuman pada wajah pengantin.
Inai dekat jari masih merah lagi, orang dok bertanya, “dah ada isi ke?”
Gila la… ini bukan tahap dilema. Stress pun ada, pasal benda ini boleh buat suami isteri hilang senyuman dan masing-masing kenkadang dingin bila bersama.
Benda macam ini kuasa tuhan.
Belum tentu main pancut je, terus boleh dapat.
Maka korang jangan la pelik bila orang yang dah kahwin, punya susah nak dapat anak (memang tuhan sengaja bagi dugaan macam nie nak uji tahap keimanan umatnya).
Ada juga yang tak kahwin (eh tak nikah lagi), tau2 je dah mengandung 6 bulan tapi tak nampak gaya + symptom macam orang mengandung (memang tuhan sengaja bagi dugaan macam nie nak uji tahap keimanan umatnya).
Ini baru permulaan dilema,
Dilema kemudian yang bakal muncul bila anak dah keluar, tetapi suami isteri busy dengan kerjaya sampaikan anak tiada sesiapa nak jaga.
Suami isteri kadangkala habis kerja malam, ada yang kena outstation jauh. Nak bawa anak macam tak sesuai je.
Nak cari pengasuh, makin bertambah dilema sejak dua menjak nie banyak kes yang melibatkan pengasuh dengan kes penderaan dan kematian anak majikan yang diasuh mereka.
Nak tak nak terpaksa juga gunakan khidmat dorang. Tawakal je la kan.
Bila hantar kampung, macam tak sampai hati je. Bila tengok mak bapak sendiri macam tiada masa untuk cucu mereka (sedangkan mereka yang bising-bising dulu tanya korang bila nak ada isi).
Lagi dilema bila ada sesetengah mak bapak mengungkit itu ini.
Kalau bukan kita yang terasa, pasangan kita pula yang terasa. Nampak tak dilemanya disitu.
Belum lagi dilema di tempat kerja.
Bila waktu bekerja, mengantuk dan keletihan sebab malam berjaga, nak jaga anak. Produktiviti merundum.
Bila berkerja, fikiran asik teringat dekat anak, isteri dan skandal (eh perlu ke?) eh makbapak/mertua yang dok perli korang tadi. Semua hati korang kena jaga.
Jangan lupa hati bos anda juga.
Dilema lagi..
dalam hidup ini takkan putus dilema bro.. sampai ke tua sok. Jadi, kena pandai la nak membuat keputusan ye dak? hehehe
Mulut orang kita tidak boleh hendak tahan. Ada sahaja tak betul dimata mereka.
panjang plak bro membebel kali ni.. larikkkkkkk
Haha.. Tu la pasal.. sblm nie layan cte pendek2 je kat blog nie, malam nie lain siket.. hehe
He…23x amboi korang, bukan selalu ada mood nak tulis pepanjang macam nie. Sekali tulis best gak kan :)
hidup ini adalah pilihan… kalau pilihan kita betul, memang seronok tetapi jika pilihan kita salah, kena hadapi juga. Dilema dalam membuat pilihan itu biasa dan apa yang boleh DN katakan, redah je…. :p
Dilema oh dilema.. dari start dicarikan calon menantu sampailah kawin dan bekerja semuanya dilema.. Oh no!
Masha Allah… banyaknya dilema… sesungguhnya dilema itu ujian…
Tidak diuji hamba Allah itu melainkan Allah sayangkan hambanya
Bersyukurlah kerana Allah masih memerhatikan hambanya
Melalui ujian2 yang diberikan pada setiap masa.
Banyak dilema dan antaranya ialah bila sudah terlanjur. Berani buat berani tanggunglah.
SA sedang dalam dilema…….
dilema betul saya baca entri ni.. hehe :-D