You are here
Home > Uncategorized > Perbincangan > Sayang, Jom Kahwin Kat Siam Nak

17,434,460 total views, 2,125 views today

Sayang, Jom Kahwin Kat Siam Nak

“Sayang,

Jom kita kahwin kat siam nak. Jom la sayang”

Antara ayat pujukan yang selalu menjerat si gadis [tak gadis pun terlibat], suami orang mahupun mereka yang hendak sembunyikan perkahwinan mereka.

Disini bro kongsikan serba sedikit info statistik

TahunJumlah Kes
2005314
2006845
20071,944
20082,342
20092.172

Jumlah ini jauh berbeza berbanding 2001 hingga 2004 iaitu antara 50 hingga 60 pasangan setiap tahun.

Peningkatan mendadak pasangan Malaysia yang berkahwin di selatan Thailand menimbulkan kebimbangan termasuk membabitkan status pasangan dan pengesahan perkahwinan sama ada setiap pasangan mematuhi hukum syarak.

Bagi mereka mungkin perkara ini memudahkan selain menyelesaikan permasalahan mereka mengikut landasan islam.

Tetapi, timbul soal marhalah iaitu syarat jarak melebihi 80 batu untuk mengesahkan perkahwinan seseorang wanita tanpa menggunakan wali sah.

Mungkin bagi mereka yang memang berasal dari kawasan yang jauh dari Thailand tidak mempunyai masalah.

Bagaimana pula dengan mereka di kalangan wanita menetap di Alor Setar atau Kangar. Ini bererti perkahwinan tersebut tidak sah kerana jaraknya tidak sampai satu marhalah.

Di sini bro kongsikan beberapa punca ada pasangan yang ingin bernikah di Selatan Thailand

  1. kos perkahwinan yang murah
  2. ingin sembunyikan perkahwinan
  3. tidak mendapat restu ibubapa
  4. sembunyikan aib
  5. memulakan hidup baru
  6. erm… untuk no 2, 3 atau ke-4 he…23x ops

Bicara Bro : Berlajar pepandai, ilmu agama entah ke mana. Mungkin sistem pendidikan perlu dirombak.

Dan pemikiran masyarakat zaman sekarang. Berbalik pada ajaran islam, benda yang baik tidak elok dihalang atau tidak dipermudahkan. Nescaya ianya akan melarat menjadi tidak baik kemudiannya.

Fikir-fikirkan 🙂

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Sayang, Jom Kahwin Kat Siam Nak

  1. salam,
    rasa2nya yg menikah kat sempadan sana, lebih kpd utk menyembunyikan dari pengetahuan isteri pertama…
    tapi bukankah mereka ini (pasangan yg kawen kat sempadan) kena jugak register kat malaysia nanti…
    takkan nak sembunyikan sampai bila2. lagi susah jadiknya nanti..
    apa2 pun masih ada lagi ke zmn skrng ni, isteri pertama redha dgn perkahwinan kedua suami mereka.
    :):)

    1. w’salam

      yup ada sesetengah begitu.. dari asik terlanjurkan

      ada kes.. lepas nikah di sana mereka tidak mendaftar perkahwinan mereka di malaysia.. itu mencreate satu lagi permasalahan

      xsalah redha jika itu yang terbaik.. dari si suami yang dah tahu miang ke ape ke.. dari buat maksiat di luar n menjadi buah mulut yang tidak baik pada orang lain…

      mana yang terbaik

    1. menarik komen mu nie.. bro ade buat entry susulan untuk komen mu ini..

      ada masa usha la entry terbaru bro

  2. Dari pengalaman saya ada 2 punca utama pasangan nikah di Siam – wali enggan dan poligami.

    1. Wali enggan.
    Punca wali enggan ni ada beberapa. Tapi, kebanyakan alasan yang wali bagi tak kuat. Contohnya, wali ada pilihan lain. Atau wali nak bakal menantu yang berharta. Atau wali “nak merasa dulu duit gaji anak yang baru mula bekerja”. Dalam kebanyakan kes, wali tak mempertimbangkan keinginan anak, sehingga anak membuat keputusan untuk kahwin lari. Bila kemudiannya kes dibawa ke mahkamah syariah untuk pengesahan nikah, wali biasanya tak dapat mempertahankan sebab2 dia enggan.

    Dalam kategori ini ada juga pasangan pelajar yang dilarang berkahwin oleh ibu-bapa masing2 sehingga tamat belajar dan dah mula bekerja, tapi mereka takut terlanjur, lalu mereka berkahwin diam2 untuk menghalalkan hubungan. Mereka biasanya bercadang untuk nikah semula, mengikut adat, setelah tamat belajar nanti.

    2. Poligami.
    Ada 3 punca utama – tak nak isteri pertama tau, isteri pertama dah tau tapi tak setuju, dan isteri pertama mengizinkan, tapi proses mahkamah untuk mendapat kebenaran poligami terlalu susah dan mengambil masa terlalu lama.

    Selain 2 punca utama ni, ada lagi dua yang agak kerap juga, tapi tak kerap macam yang diatas:

    3. Perempuan dah mengandung. Nak kahwin segera untuk tutup malu sendiri dan malu keluarga.

    4. Masing2 dah nak sangat kahwin, tapi keluarga perempuan mintak hantaran terlalu tinggi. Pasangan tak mampu nak kumpulkan duit yang diperlukan dalam setahun dua. Nikah di Siam lagi murah.

Leave a Reply

Top