Sambil mengekalkan sifatnya yang peribadi dan mudah digunakan, WhatsApp telah memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk menjadikan pemesejan lebih peribadi dan menyeronokkan.
Berikut adalah beberapa ciri berguna yang mungkin terlepas perhatian anda tahun ini.
Urus WhatsApp Dengan Lebih Cekap
Kini anda boleh menguruskan kenalan melalui WhatsApp Web, Windows, atau peranti yang dipautkan. Selain itu, pilihan untuk menyimpan kenalan secara eksklusif di WhatsApp memastikan peralihan peranti menjadi lebih lancar.
WhatsApp turut memperkenalkan Senarai Khusus dan Kegemaran untuk membantu anda menyusun dan mengakses sembang paling penting dengan mudah.
Kekal Dekat Menjadi Lebih Mudah (dan Lebih Menyeronokkan ?)
Ciri baharu, Acara, membolehkan pengguna mencipta acara, menjejak RSVP, dan menerima peringatan automatik.
Maklumat acara sentiasa tersedia di halaman maklumat kumpulan, jadi anda sentiasa boleh mengaksesnya dengan mudah.
Panggilan video kini menyokong sehingga 32 peserta, dan anda boleh meningkatkan pengalaman dengan Penapis dan Latar Belakang yang sesuai dengan mood anda. WhatsApp juga meningkatkan keandalan panggilan melalui codec MLow.
Panggilan melalui peranti mudah alih kini mempunyai pembatalan bunyi dan gema yang lebih baik, manakala panggilan video menawarkan resolusi lebih tinggi untuk pengguna dengan sambungan lebih pantas.
Kini anda boleh menemui Saluran (Channel) yang sesuai dengan minat anda dengan meneroka Kategori Saluran seperti Orang, Organisasi, Gaya Hidup, Sukan, Hiburan, Perniagaan, dan Berita.
Jika anda suka apa yang anda lihat, anda boleh meneruskan saluran itu ke sembang atau menyiarkannya terus ke Status anda.
Luahkan Diri Anda Dengan Cara Baharu
Tukar foto anda menjadi pelekat atau terokai perpustakaan besar pelekat GIPHY terus di WhatsApp! Pencipta Saluran kini boleh berkongsi Kemas Kini Suara dengan pengikut mereka, satu ciri yang semakin popular.
Setiap Saluran kini menyokong sehingga 16 pentadbir, memudahkan anda untuk memulakan dan mengurus Saluran anda.