Bulan Oktober menjelma dan Bro sudah puas menyanyi lagu “Wake me up when September ends” dari Green Day.
Disini Bro ingin menyenaraikan 10 entry yang popular di blog broframestone.com bagi bulan September 2013.
10 – 3 Hari 2 Malam Di Felda Residence Kuala Terengganu
Aktiviti bersama blogger selama 3 Hari 2 Malam Di Felda Residence Kuala Terengganu. Lari sebentar dari kesibukan Kuala Lumpur dan menjejaki kesibukan Kuala Terengganu.
Penat….. Teman orang shopping dan makan.
9 – Klinik Obestetrik Dan Ginekologi HUKM, Cheras
Lokasi yang selalu Bro dan isteri kunjungi untuk pemeriksaan kesihatan isteri dan baby dalam kandungan. Jika datang ke sini elok buat temujanji awal pagi dan datang juga seawal pagi.
Ada kes orang yang ada temujanji pukul 9 pagi. Pukul 12 tengahari pun belum selesai. Siapa larat lepak klinik lelama. Kalau Bro, sure dah pengsan dah.
Selamat bukan Bro yang mengandung.
8 – Tujuan Suami Mengorat Perempuan Lain
Perkongsian pendapat kenapa ada sesetengah suami (yakni lelaki yang sudah berkahwin) mula mengorat perempuan lain.
Kisah tentang isteri yang Bro sayangi (Buat masa sekarang hanya ada seorang sahaja).Yang mana satu isteri Bro?
Eh jangan confius. Isteri Bro yang pakai tudung warna putih manakala yang pakai tudung warna hitam adalah blogger femes – Fatin Liyana yang kerja satu wad dengan isteri Bro.
6 – Selamat Pengantin Baru – Fadil Nyu Dan Ruzz Ezani
Selamat pengantin baru buat pasangan blogger, Fadil Nyu dan Ruzz Ezani.
Sepasang blogger suami isteri yang Bro kenali melalui group facebook – Blogger Perak. Alhamdulillah, jodoh mereka berdua dipermudahkan.
Bro tak tahu mereka berdua bercinta walaupun dorang berdua datang ke majlis perkahwinan Bro. Eh Bro datang ikut tema pengantin la… (Eh, bro bukan pengapit tau)
5 – Kurangkan Jumlah Subsidi Kerajaan Pada Rakyat
Berkisarkan tentang isu 20 sen yang melibatkan minyak RON95 dan Diesel.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak – kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
4 – Pemberian BR1M 3.0 Dua Kali Setahun
Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 bakal menerima bayaran melalui dua peringkat mulai tahun 2014.
Wang bantuan tersebut pula akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.
3 – Kenangan Waktu Jadi Warga Asrama
Kenangan waktu jadi budak hostel pasti tidak dapat dilupakan kecuali kalau korang memang tak nak ingat dah kenangan tue.
Lagi best bila teringat waktu makan megi reramai dalam baldi.
2 – Dendam Nora Danish Terhadap Suaminya, Farid Kamil
Tang keyword artis memang laju je korang. Lagi-lagi kalau tajuk gempak macam nie kan.
Tapi korang kena ingat. Bila masa pula Nora Danish kahwin dengan Farid Kamil kecuali dalam filem Bencinta. Eh Cuti-Cuti Cinta dorang tak kahwin kan?
1 – The Female Avangers – Siapakah Gadis Pilihan Anda
Antara Thor (versi wanita), Kapten Amerika (veri wanita) dan Iron Woman. Yang mana satu menjadi pilihan anda?
Maka genaplah senarai 10 entry paling popular bagi bulan September di blog ini.
Entry yang manakah menjadi pilihan anda? Sila kongsikan dengan Bro, nak juga tahu.
aku tgh buat ni… besok ar publish. hr ni dah ada dua entri
Sudah publish ke? Nanti gua terjah….
mmg hottt.. ehehehehee
Yang mana satu yang hott tue…
semua the best.. hehe masih ada yang belum terjah.. entri macam ni masih di dalam draft..
yang tak terjah tue, sila-silakan la terjah :)
Tujuan suami mengorat pun masuk sekali ya. haha
Nak buat macam mana, ramai pula yang baca entry itu…
wohoho..aku byk sgt. xterbuat..hahaha
terbaik bro..gua pun nak buat jugak la..hu3
Tujuan suami mengorat tu paling popular ke bro..hahaha
xpopular pun.. takat no-8 je.
ko guna plugin apa beb nak buat tu..
Guna post views wp plugin je.. Dia akan show jumlah view pada setiap post.
rasanya ada entri yang saya belum baca kot antara top 10 entri bro bulan lepas ni…tak sangka entri The Female Avengers tu jadi paling top ye…paling menarik of course la Thor versi wanita…hee
menarik je mkn megi dlm baldi kecik tu, macam pernah buat
Bro memang pernah buat he..23x
Tak sempat lagi nak tulis entri macam ni… Sekarang ni tengah layan selesaikan draft-draft blog yang semakin banyak tertunggak… Tahniah Bro.. 10 entri ni memang menarik untuk di baca…
Hot jugak semua entri ni,terbaik la bro
ada buat juga…
Dah janji dengan saudara Denaihati nak buat benda nie setiap bulan…
kenangan waktu jd warga asrama tu yg best.. tu time matrik dlu, skrng kat u jarang dah buat mcam tu.. tp ada lg kawan2 yg masih mkan maggi dlm baldi..
Dari zaman sekolah sampai ke U bro tetap buat macam tue, nikmatnya amat berbeza sekali…
Entri berkaitan travel menjadi pilihan di blog ini. Satu pengalaman berharga, bilamana kita pergi melawat ke negeri lain. Jauh berjalan luas pengalaman. Semoga banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dipersembahkan kepada pembaca dan pengemar tegar blog ini.