You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kerna Kau Isteriku

17,446,650 total views, 5,861 views today

Kerna Kau Isteriku

Nazirah Iera Kan Isteri Bro FramestoneKerana engkau isteri…
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Terselak gambar tahun lepas, sewaktu puan isteri baru berumur 21 tahun (sebab belum sampai birthdaynya lagi).

Gambar sewaktu keluar bersama di area Putrajaya menikmati angin petang disini.

Nyaman dan menyegarkan.

Jauh sebentar dari kepadatan ibu kota, mungkin waktu itu tak ramai orang di Putrajaya. Itu pasal rasa macam rasa macam tidak ramai yang berada disekitar lokasi berkenaan.

Alhamdulillah,

Tahun lepas genap sehari selepas hari jadinya, kami berdua diijab kabulkan dan bermulanya kehidupan kami sebagai suami isteri.

Kerjaya Seorang Jururawat

Jika ikutkan,

Bro tak minat sangat jururawat aka nurse dari kecil lagi. Tetapi akhirnya terpaksa terima hakikat, isteriku memang seorang jururawat (bukan Misiku Kuza).

Yang mampu jaga makan minum dan kesihatan ku.

Nampak garang dan tegas (anak sulung) tapi manjanya hanya aku saja boleh rasa he..23x

Fatin Liyana Iera Kan

Sentiasa ceria, malaupun sebenarnya dia ini ada sedikit pemalu.

Ramai orang cakap Bro blogger femes. Tapi Bro rasa, puan isteri lagi femes. Ramai blogger kenal, siap masuk surat khabar dan majalah lagi dia.

Terbaru kisah beliau tersiar di Mingguan Wanita keluaran 27 Sept ~ 3 Oct.

Kalah Bro dan Bro terpaksa terima kenyataan ini.

Isteri Mengandung Anak Pertama

Sekarang puan isteri tengah mengandung hampir 8 bulan. Nampak kan badan dia berisi sedikit.

Tak sabar rasanya nak jadi bapa.

Siapa tak sabar bila nak dapat cahaya mata, penyeri  rumah tangga. Untung beliau jadi ibu pada usia 23 tahun (itu pun kalau dapat baby selepas birthday dia)

Apa-apa pun Bro amat menyayanginya.

Insya’lah,

Mungkin sesuatu dari Best Buy Zalora Malaysia!!!! Mampu memberikan senyuman pada wajahnya. Wanita dan pakaian memang tidak dapat kita pisahkan he..23x

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Kerna Kau Isteriku

  1. Muda lagi isteri Bro rupanya… Baru berumur 23 tahun dah jadi seorang ibu…. Nampaknya bro ada peluang untuk dapat satu team Futsal sekurang-kurangnya atau mungkin satu team bola sepak… hehehe gurau jer…

Leave a Reply

Top