You are here
Home > Pengalaman > Klinik Obestetrik Dan Ginekologi HUKM, Cheras

17,285,749 total views, 1,420 views today

Klinik Obestetrik Dan Ginekologi HUKM, Cheras

20130919-083625.jpg

Sudah menjadi rutin bulanan menemani isteri ke Klinik Obestetrik Dan Ginekologi HUKM, Cheras.

Walaupun kenyataannya agak jauh juga Bandar Tasik Puteri, Rawang nak ke HUKM. Tapi Bro rasa ini pilihan yang tetap sebab puan isteri bekerja disini.

Maka tiada masalah jika beliau kerap buat pemeriksaan disini. Lagipun dia memang nak beranak disini.

Tapi itu la,

Seawal 5 pagi Bro sudah kena bangun, selepas solat Subuh terus keluar bagi mengelakkan jalan jem dari highway Sungai Buluh menghala ke Tol Jalan Duta (memang lokasi jem pada pukul 7 pagi).

Bajet sebelum pukul 7 sampai, risau parking tak ada (memang masalah HUKM sebab parking tidak mencukupi).

Tetapi bosan gak lepak dekat Klinik Obestetrik Dan Ginekologi ini. Selamat selalu datang awal dan jadi antara yang terawal yang dilayan.

Kalau pukul 9 baru daftar. Gamaknya pukul 12 tengahari belum tentu selesai semua.

Tapi yang bosannya.

Sini ramai perempuan berbanding dengan lelaki (rasa segan pun ada). Kebanyakan sudah berkahwin dan mengandung. Tak ada yang single atau yang belum kahwin (mungkin ada kot, entah la – fikir positif).

Eh ada nurse comel lalu depan Bro.

Saja je buat iklan.

Eh ada adik cleaner yang comel lalu lalang depan Bro la pulak. Rezeki rezeki he…23x

Kenkadang nampak sweet je pasangan suami isteri yang datang ke sini.

Tapi kadangkala, rasa kasihan bila lihat ada bakal ibu yang datang sorang-sorang. Jalan ke sana ke mari sambil membawa perut.

usia kandungan isteri

Tak sangka sudah 32 minggu usia kandungan isteri.

Bicara Bro : Tetapi paling segan bila Bro berjalan ke sana ke mari ada mata memandang (mak buyung tengah usha perut Bro).

Mesti dorang bertanya dalam hati, “berapa bulan?” Sambil gelak hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

11 thoughts on “Klinik Obestetrik Dan Ginekologi HUKM, Cheras

  1. Waktu menunggu lama sebab itu ada lihat pasangan muda kusyuk main games di Smartphone atau tablet untuk menghilang bosan. Disamping itu juga boleh perbaiki rangking dan mata games. 🙂

  2. kalau nak menghala ke HUKM, Cheras ni memang awal2 pagi ke gerak dari rumah bro…tol Jalan Duta tu memang kaw2 jammed…adehhh, lawak pulak baca ayat last tu..”berapa bulan?” HAHA

Leave a Reply

Top