You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Lagenda Budak Hostel – Kenangan Waktu Jadi Warga Asrama

17,445,279 total views, 4,490 views today

Lagenda Budak Hostel – Kenangan Waktu Jadi Warga Asrama

Lagenda Budak Hostel - Budak Asrama Kena Buli

Ada tak sesiapa disini pernah tinggal diasrama sewaktu sekolah menengah? Waktu zaman U tak kira. Situasinya berbeza dan feel pun berbeza.

Jika anda pernah, apakah pengalaman yang paling anda ingat dan tidak dapat lupakan sewaktu jadi warga asrama dulu?

Setakat kena buli (raging) dan seangkatan dengannya sudah menjadi satu kebiasaan tinggal diasrama dulu. Dan Bro sendiri pernah jadi budak asrama dari tingkatan 1 ~ 6 atas (7 tahun – jadi abang besar dekat asrama tue)

Ini yang diketengahkan oleh pengarahnya, Ismail BoB Hashim dalam filem Lagenda Budak Hostel.

Tajuk pun nak dekat sama dengan filem adaptasi novel Ahadiat Akashah berjudul Lagenda Budak Setan. Tapi tiada kaitan pun.

Sinopsis Filem Lagenda Budak Hostel.

Lagenda Budak Hostel mengisahkan tentang Haikal Putra a.k.a Kodan (Along Cham) dan Ahmad Danial a.k.a Put (Along Eyzendy) yang merupakan pelajar tingkatan enam dan senior (paling senior sebab umur 23 tahun tapi asik fail STPM) di sebuah hostel sekolah berasrama penuh.

Lagenda Budak Hostel - Makan Meggi Dalam Baldi

Siapa sini ada pengalaman makan megi dalam baldi? Baik mengaku!!

Kodan dan Put paling digeruni oleh pelajar-pelajar lain kerana sikap mereka yang suka membuli namun aktiviti nakal mereka tidak pernah dikesan oleh warden asrama iaitu Cikgu Rahim (Rahim R2).

(Dorang ini pandai cover line. Kata abang besar dalam hostel nie)

Dalam diam, Put dan Kodan menyimpan perasaan terhadap anak Cikgu Rahim bernama Seroja (Nora Danish). Setiap hari ada sahaja kerenah yang dilakukan oleh Put dan Kodan untuk mencuri tumpuan Seroja.

Lagenda Budak Hostel - Bencinta Nora Danish

Zaman duduk asrama, mesti ada sorang bunga menjadi pujaan satu asrama (kecuali kalau asrama semua lelaki – anak warden la jadi mangsa)

Namun sikap mereka mula berubah ke arah kebaikan apabila seorang pelajar baru, Jaszle Isaac a.k.a Kicap (Epy Raja Lawak) menasihati mereka supaya menunjukkan kehebatan dengan cara yang betul.

Dalam masa yang sama, Seroja turut menyatakan yang dirinya menyukai lelaki berperangai baik, sopan santun dan kuat agama (part ini paling lawak).

Lagenda Budak Hostel - Pemilihan Ketua Pelajar

Sejak dari itu, Put dan Kodan mula bertanding merebut kerusi ketua pelajar.

Demi membuktikan bahawa mereka layak memenangi hati Seroja, Put dan Kodan sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi undi di kalangan pelajar hingga timbul persengketaan.

Tidak cukup dengan itu, ada sahaja halangan yang mematahkan semangat mereka dalam usaha mendapatkan Seroja.

Berjayakah Put dan Kodan mendapatkan cinta Seroja? Dan siapa pula yang akan bergelar Ketua Pelajar di sekolah mereka?

Segala-galanya akan terjawab bila anda menonton Lagenda Budak Hostel nanti.

Lagenda Budak Hostel - Basuh Baju

Saja Nak Bikin Panas

Biar korang rasa spoil kejab.

Put dan Kodan, dua-dua gagal jadi ketua pelajar sebab dapat jumlah undian sama dan ada sebab-sebab lain yang Bro tak nak ceritakan.

Ini menyebabkan mereka gagal medapat hati Seroja dan Seroja juga kecewa dengan apa yang mereka telah lakukan.

Sehinggakan pada satu malam,

Seroja telah diculik dan ini mengemparkan warga asrama. Apa yang terjadi sebenarnya?

Trailer Filem Lagenda Budak Hostel

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

16 thoughts on “Lagenda Budak Hostel – Kenangan Waktu Jadi Warga Asrama

Leave a Reply

Top