On the way ke Tanjung Leman, singgah sekejab rumah mertua di Parit Raja, Johor.
Singgah sekejab perkena bihun sup dekat kedai Cik Minah. (Fav isteri Bro sejak dia sekolah lagi)
Memang banyak bihun supnya kalau beli sebungkus jika dibandingkan dengan yang terdapat di Kuala Lumpur.
Makan sebungkus pun sudah puas.
Malangnya harganya RM2.50. Dulu RM2.00 je. Naik harga RM0.50.
Tak pasti dia masak guna minyak RON 97 atau 95. Sebab masing-masing naik 20sen dan 15sen bukannya 50sen.
Tak kisah pun, dia naik harga asalkan sedap dan berbaloi beli dekat cik Minah. Moga dia murah rezeki dan isteri Bro suka makan bihun sup dia.
pergh..nampak sedap bro…lama dah tak merasa bihun sup
Memang sedap. Paling penting banyak dan murah :) makan sebungkus pun dah puas gila…
sedapnya bihun sop, my favourite gak….kat sini pun ada bihun sup sedap macam nie, nama kedai dia ‘kedai mee janda’…hoho
Kedai mee janda… tang nama je dah buat ramai terliur mendengarnya. Belum rasa lagi he..23x
Slmat bcuti dikampung sis dibesarkan
Terima kasih… Agak ceruk gak tempatnya. Tetapi ada KFC (raer nie)
Rindunya dekat Parit Raja. . 6 tahun setengah saya berada di sana untuk menuntut ilmu. .. banyak pengalaman berharga yang tidak dapat saya lupakan semasa berada di sana..
ada masa mai la turun sana…
Bro pertama kali pergi ke sana sebab bagi talk dekat UTHM, tau2 je dapat calon orang dekat sana juga :)
emmm… terliur pula malam2 ni :) selalunya makanan cepat naik harga, sebelum minyak naik pun harga dah naik.. mcm gerai kat rumah deno… tapi harga naik pun beli jugak sbb sedap.. hihi^^
Kalau sedap xpe, bayangkan kalau xsedap then harga naik pula tue… mcm mane teu deno
nampak sedap pulak,nanti boleh la singgah kedai tu
Ada masa singgah la…
Terpaksa rela di paksa kerana kalau sudah tekak mengidam hendak merasa. Asalkan rasa jangan sudah berubah kerana kurang bahan dan rempah.
Rasanya masih belum berubah lagi :)
mak oii…nampak simple dan menyelerakan…kalau kat KL x dapat harga macam ni…
Tue la.. Mana nak cari harga macam nie dekat KL.. Jenuh…
kat sekolah menegah u ke?
Macam kedai makcik saya je tu…saya suka sambal tahu dan mee goreng..pejam mata makan pun tahu tu mee goreng dia..