You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Pemberian BR1M 3.0 Dua Kali Setahun Terus Ke Akaun Bank

Pemberian BR1M 3.0 Dua Kali Setahun Terus Ke Akaun Bank

Bantuan Rakyat 1Malaysia - BR1M

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 bakal menerima bayaran melalui dua peringkat mulai tahun 2014.

Wang bantuan tersebut pula akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima dan bukannya secara tunai atau baucar seperti yang dilakukan sejak tahun lepas.

Wahhhh terus masuk bank lagi senang.

Tak perlu mintak cuti atau beratur panjang selepas ini untuk mengambil BR1M. Tetapi jangan membazir pula bila lihat dalam bank ada pertambahan duit.

Bagaimanapun nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober ini.

Dengar cerita jumlahnya lebih dari RM500 seperti yang diterima sebelum ini.

Bicara Bro : Nilai RM500 bagi yang tinggal di bandar berbeza dengan nilai bagi mereka yang tinggal diluar bandar.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

36 thoughts on “Pemberian BR1M 3.0 Dua Kali Setahun Terus Ke Akaun Bank

    1. Kalau kita jenis kurang guna minyak, rasanya BR1M amat besar nilainya.

      Kalau kita jenis hari2 isi minyak. Siap untuk 2-3 bijik kereta.. BR1M Rm500untuk seisi rumah pun x cukup sebenarnya.

  1. Hope ada rezeki zarra utk tahun ni setelah fight & turun naik untuk dapatkannya pada awal tahun hari tu… Walau nilainya xbesar mana namun cukup bersykur pada saya & anak.. 🙂 peace yooooo!!!!

  2. broframestone, takde fix income dan kwsp? tak bekerja ke? kalau org yang tak keje ade mohon dan dapat.. kalau bisnes ye.. tgk berapa income dia.. silap2 kene dgn lembaga hasil.. hehe..

  3. Kalo semua golongan nak harapkan duit BRIM … mmg bankrap ler kerajaan… walaupun kita bayar cukai… cukai tu bukan utk beri BRIM pada rakyat aje… laen2 kaedah juga… cuba la berfikiran positif sikit, kerajaan membantu bg golongan yg berpendapatan rendah… kenapa mengeluh kenaikan harga barang? Pakai kreta 2-3 biji boleh, anda juga sudah sedia utk menghadapi segala perbelanjaan nye… fikir2 kan la…

  4. Lebih baek cuba cari duit sendiri dr turun naik pejabat LHDN utk dapatkan rm500 or rm250 setahun…kalau dalam 3 4 hari bisness dodol tepi jalan pun rasanya boleh dpt lebih dr tu…secara tak langsung bertambah lah pengemis kat malaysia nie yer….

  5. Ramai tunggu hujung tahun nak dpt Br1m..menunjukan betapa ramainya pengemis kat Malaysia kite skrg nie….aduh maluuuuuu…cuba buat bisness kecik2 utk income sampingan..makin naik harga aku tgk kat kedai mamak or tomyam ramai ye manusia…ini menunjukan propa je laungan TURUN…saje je nak carik publisiti..

  6. Jd pengemis x pa…jng jd manusia bodo lg sombong…pastu pemalu plk kih3x
    Apa yg diberi ambil…rasa mahu g ja ambil
    Kalau rasa x mahu…x yah lah ambil.
    X perlu nk ckp pd org2 yg g ambil brim tu pengemis.

  7. Rm100 pn sngt ternilai bro…
    Wahhh rm500/rm250 lu mcm x nak….aiiyooo mnyk rugi.
    Apa2 pn kita bersyukur dngn pemberian nie…
    Ramai yg mrmerlukan…lu mgkin x nak sbab lu dh jual dodol…hehehehe.

  8. Wah sykurlah dapat meringankan sedikit beban rakyat malaysia.
    Dapat brim dapat lah tampung sedikit sebanyak perbelanjaan hari2. Terima kasih pada yang memberi .

Leave a Reply

Top