Baru-baru ini Bro ada update status di facebook dan juga di twitter mengenai isu boikot GSC Alamanda.
Bukan berniat nak jatuhkan atau mengatakan bahawa bro tidak berpuashati dengan bro.
Kami sebagai pelanggan, tetap tahu apa masalah yang anda hadapi dan perkara ini menyulitkan anda menjalankan perniagaan seperti biasa.
Masalah sistem penghawa dingin memang sesuatu yang kita tidak dapat nak elak.
Tindakan yang pihak anda ambil merupakan langkah terbaik. Dengan meletak note peringatan di pintu masuk dan juga di kaunter tiket untuk memberitahu pelangan bahawa GSC Alamanda menghadapi permasalahan pada penghawa dingin.
Dan keadaan di dalam Hall terlalu panas dan mungkin kurang selesa kepada semua pelangan.
Mungkin anda juga ingin berikan service yang terbaik kepada pelanggan anda.
Cuma Bro terkilan sesangat.
Sebab bro teringin nak bawa ahli keluarga bro yang bersusah payah datang dari Perak untuk habiskan masa bersama. Dan dalam perancangan kami, Bro ingin membawa mereka menonton wayang.
Ibu bapa bro dah lama tak tengok wayang.
Last pun masa mula-mula bercinta dulu, sebelum berkahwin.
Memang nampak tercalit kefrustan pada muka kami semua. Terutama ibubapa Bro. Kami semua cuba yang terbaik untuk menceriakan hari ibu walaupun ianya terlewat sehari.
Cuma waktu itu, merupakan waktu kami semua bersama. Adik beradik berkumpul, menantu dan bakal menantu juga turut serta.
Sekiranya pihak GSC ada membaca blog ini. Saya mewakili blog Broframestone.com ingin meminta maaf diatas keterlanjuran status di twitter dan juga facebook. Kami juga adalah pengguna.
Dan GSC Alamanda merupakan salah satu lokasi yang kerap Bro lawati.
Bicara Bro : Tak semua yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar.
Tak semua yang berjalan lancar adalah sesuatu yang kita rancang. Semuanya kerana Allah swt.
amboi Bro. Sabar noo.. Huhu
Tengah bersabar la nie…
Tue pasal keluar entry meminta maaf kepada pihak GSC Alamanda
sy pekerja gsc alamanda
masalah air cond tidak berfungsi adalah masalah teknikal dr pihak alamanda bukan pihak gsc alamanda,,,,
Amboi. Alamanda ni dah banyak juga buat pasal ye. Dulu Secret Recipe. Sekarang GSC pulak. Haha!
Secret Recipe dulu pasal ape ek?
Secret Recipe dulu kan hal ulat dalam karipap tu
dah lama boikot gsc.
bukan kat alamanda kat mana pun lah.
staff tak mesra pelanggan.
kerusi tak best.
aircond..?
huh tak payah cakap la.
bukan sekali kena kat alamanda tu.
gsc nak kecik hati?
abih kita yang bayar duit untuk tiket nih tak boleh nak komplen?
dah tau aircond rosak , jgn la jual tiket.
repair dulu.
bukannya diorang takde duit.
btol ni, dah tahu takde ekon tutup jer terus kaunter tiket, ni tidak…
kan ejam kan……..
:)
Adeh… jangan la nak emo-emo dekat blog bro huhuhu
Memang elok tutup kaunter… tak pun tutup terus, dari buka dan terus mendapat kritikan dari pengunjung
alamak..bro sound iii la..
yelah..yelah..emo kat blog sendiri je lah..
salam
bermacam komen yg sy baca disini ada yg mnyokong ada yg mngkritik. untuk pengetahuan masalah aircond tidak berfungsi merupakan masalah dr pihak pengurusan alamanda, memang notis telah diberikan dan mengapa pihak kami tidak menutup terus kaunter adalah kerana terpulang kepada pengunjung untuk terus tonton atau tidak dan bg pembeli yg membeli tiket secara online “refund” boleh dilakukan sekiranya mereka dtg pd hari kejadian.
masalah air cond tidak berfungsi adalah masalah teknikal dr pihak alamanda bukan pihak gsc alamanda,,,,
xper bro…sabar ye..setuju dgn kata bro juga..sebab kita sebagai seorang pengguna ada hak juga aku bgtaukan..hope pihak berkenaan dapat selesaikan masalah2 itu..
Hope apa yang bro kongsikan di sini boleh membaiki muda perkhidmatan mereka
*muda
kahkahkah
(gelak jahat)
tak de pun bro dalam gambar tu..
Bro..??
Bro dekat depan dorang
Habis mu ingat siapa yang amik gambar kalau bukan bro
selalu jugak tengok wayang kat alamanda.. dulu aircond dia memang sejuk tahap peti ais.. tapi skrg ni kadang2 sejuk gitu2 je.. masa aku layan the avengers hari tu pon tak berapa sejuk sangat aircond dia.. jadi rasa kurang selesa nak tengok wayang..
Bro baru layan beberapa kali wayang dekat sana.
Sebab tak banyak pilihan terutama hari biasa.
takkanlah tempat punya gah gitu
lambat nak urusan benda camni ni
menyusahkan org ramai
Mungkin ada masalah yang mereka tak dapat nak handle kot.
Siapa tahu kan
GSC alamanda tempat tengok wayang bagi orang putrajaya dan kawasan berdekatan. mereka tak akan rugi punya..
Itu la pasal… bro bukannya orang putrajaya tapi terpaksa tengok dekat sana if turun putrajaya
iarcond tak de memang tak senang nak duduk lar..dengan berpeluh lagi..huh
Masa bro nak tengah fikir nak tengok apa pun dah berpeluh…
terus duduk dekat luar je terus..
sian dekat mak ayah bro
xde nasib tu bro.. lari je pergi the mines..
yeay..!
saya punya port favourite..!
ada hikmah disebalik nya tu..
Mungkin juga.. Siapa tahu kan
dah lama jgk tak tonton wayang sejak beranak satu ni… :)
xde rezeki bro n family tgk wayang kot hari tu…
Tue la.. tak tahu bila la dapat kumpulkan semua ahli keluarga…
Tunggu raya nie je la ek
Bro sudah buat tenguran dan minta maaf. Harap mereka faham dan ambil tindakan yang sepatutnya.
Harapnya macam tue la kan….
Entry ini dah lebih dari 600 views since dipublishkan pagi tadi…
Hope dalam 600 tue ade yang boleh sampaikan pada pihak GSC
xpala, next time ya bro..huhu
Tak tahu bila ada kesempatan begini lagi
Satu kali jer pergi sana.. itu pun dah lama sangat.. x tau lah macam mana rupa Alamanda tu skrang..
Next time kita g date dekat sane ek Nurul
kalau tak komplen takdelah nak update service..
suara blogger patut didengari kan
memang nak kena komplen perkara2 macam ni..