Buat sesuatu biarlah ikhlas kerana Allah swt.

Itu pesan seorang akak yang bro baru temui.

Beliau amat kagum dengan cara bro berblog. Dia nampak cara bro menjadikan blogging sebagai kerjaya pilihan.

Dia kagum tengok bro mampu bukakan mata masyarakat mengenai kewujudan blogger yang mampu memberi kesan secara langsung kepada orang sepertinya.

Dia kagum melihat bro berhujah dikhalayak ramai. Menarik perhatian sesetengah usahawan untuk menjadikan blog sebagai medium pengiklanan.

Tidak sedikit pun dia nampak bro lelah menjawab persoalan bertubi-tubi.

Tidak pula dirasanya yang bro akan mengalah walaupun nampak muka bro macam kekurangan kekuatan membidas satu per satu persoalan.

Kata-katanya,

Tuhan itu maha kaya. Semua hak sama rata Dia berikan kepada hamba-hambanya.

Yang berbeza hanya cara hamba-hambaNya membahagikan masa untuk beribadat kepadaNya.