Tujuan solat subuh,
Solat subuh bukan sekadar solat semata-mata. Di dalamnya dihimpun segala zatnya untuk kita :-
- Bersyukur kerna masih bernyawa selepas dimatikan seketika di waktu malam
- Memulakan hari dengan beribadah kepadanya
- Untuk membiasakan diri berdoa sebelum memulakan hari anda.
- Membiasakan diri mencari rezeki seawal pagi.
- Solat merupakan salah satu exercise.
Tazkirah untuk akita fikirkan bersama.
Manusia terdiri dari beberapa golongan,
Antara golongan manusia manakah yang lebih dipandang mulia di sisi Allah S.W.T?
Golongan 1 :
Orang yang sering solat subuh seminit setelah masuk waktu subuh tapi langsung tidak mengejutkan temannya untuk bangun mengerjakan solat subuh.
Golongan 2 :
Orang yang solat subuh biarpun di hujung-hujung waktu tapi tidak lupa mengejutkan temannya bangun untuk mengerjakan solat subuh.
Golongan 3 :
Orang yang tak solat subuh secara berjemaah dengan teman-temannya walaupun dah dengar azan berkumandang.
Kredit persoalan : Rakan blogger bro yang masih berlajar di tanah seberang, Emri Neutron.
Bicara Bro : Bangun dan tunaikan solat subuh. Nescaya pintu rezekimu akan terbuka.
Doakan perniagaan bro berjaya.
salam,
semoga mendapat pahala yang berpanjangan kerana mengingatkan semua rakan2..
harapnya begitu la kan… :)
terima kasih sharing info nie.
sama-sama :)
thanks sharing bro
sama-sama.. if sudi.. sebar2kan la tazkirah ini ek
sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi mereka yang benar-benar bertaqwa
Sebab beratlah dijadikan tiang agama… untuk menyokong keimanan dan ketaqwaan kepadaNya
sememangnye zat2 tu la yg menjadikan kita lebih beriman….
dan zat-zat tersebut antara zat-zat yang kita abaikan :)
oh..malam tadi da notty2..pg ni cuci blk otak tu..
haha..
nak buat cam mne… segmen “status malam jumaat” dan segmen “tazkirah” sebelah sebelah je…
tak leh tukar hari… segmen lain je boleh random pilih hari mane
polisi blog ini sejak setahun yang dulu :)
yeah…bangun dan sama2 mengajak ahli serumah untuk solat subuh.
Entry terbaru :
Kekwat dan mencapap! *ini bukan ayat lucah*
itu yang terbaik..
bro subuh ke surau sekali dengan ayah bro
Thanks for sharing…
sharing is caring.. Yied pagi bangun pukul berapa nie
doa qunut melengkapkan jadual hiudo seharian setiap muslim..insya Allah
kenapa tiba-tiab gajah selalu dikaitkan denagn solat subuh?
sebab zat-zat yang terkandung dalam solat subuh dianggap seberat gajah…
ke gaya liat nk bangun subuh tue sama seperti gaya gajah nak bangun dari baring..
peh seksa tue :)
alamak bro tomyam sudah membuat satu persoalan… pun masih memikirkannya???
ok,, dah jawab dah persoalan dari bro tomyam he..23x
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Solat itu tiang agama,maka sesiapa yang mendirikannya,sesungguhnya dia telah mendirikan agama.Siapa yang meninggalkannya,sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”
Mudah-mudahan kita dijauhkan dari mereka yang meruntuhkan agamanya sendiri.