Berdosa jika anda percaya tarikh atau tahun yang diramalkan merupakan hari kiamat.
Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara ini.
Sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik tibanya hari kiamat itu.
“Perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat”
– Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad –
Hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam. Ini kerana ianya merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan ada disebut di dalam al-Quran.
Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba. Tetapi baginda tidak sesekali menyatakan bila ianya akan terjadi.
Bicara Bro : Tertiba teringat telemovie – Kiamat Sudah Dekat.
Memang kiamat sudah dekat. Kiamat kecil sudah kelihatan – tsunami, banjir kilat, ribut taufan, gemap bumi etc. Adakah kita sudah bersedia? Atau masih lalai dengan duniawi?
Gambar sekadar hiasan
Kiamat besar pun dah kelihatan bro…Matahari pun dah terbit dari Barat cuma ramai antara kita yang hanyut bro
Mungkin aku juga hanyut.. sebab aku pun tak perasan matahari terbit..
Tiap kali keluar rumah, matahari dah terpacak.. balik je.. dah tengah malam…
Aku pulak dok dalam bilik, dok hadap laptop je memanjang. Nak hadap isteri? belum ada lagi
“sesungguhnya kiamat itu makin hampir bukan makin jauh”
>>>haji romly, kiamat sudah dekat
betul tue
manusia skarang ni suka mengada-adakan benda yang tak ada.. ish~
sungguh menakutkn, tanda2 ada di mana2 sahaja.. skyscrapper yang ada kat msia ni salah satu tandanya..
he…23x
bencana yang melanda negara sebelah kita pun petanda juga tue
sekarang nieh dah macam2 bencana alam yang berlaku
itu petanda kecil yang Allah berikan pada umatnya…
tetiba teringat mimpi semalam ….
orang sibuk kata 2012 blablabla..mcm good2 je.
Nabi sendiri pun tak tau bila kiamat ni akan berlaku.. pernah nampak orang melayu islam kita sangat obses pasal teori kiamat ni.. apa nak jadi entah