Tazkirah dari bro pagi ini ada kena mengena dengan isu yang dibangkitkan oleh wootwoot di laman blognya.
Maka di sini bro ingin kongsikan mengenai isu halal dan haramnya pendapatan pengiklanan di blog anda.
Terima kasih buat Abg Yen yang sudi bertanya kepada bro,
Duit hasil semua pendapatan yang terjana dari blog halal ke? Inginkan pengesahan. Saya pun menjana duit gak guna blog cume dalam hati masih ade rasa was2 tentang hal ini.
Harap bro ada penjelasan yang boleh hilangkan was2 saya tu…
Begini pula pendapat salah seorang pembaca blog bro iaitu Along Usop.
Kalau iklan tu dari sumber yg halal.. Contoh, iklan bukan arak/rokok/ bende2 yang haram maka sumber daripada iklan tu halal..
Pendapat Bro pula,
Pendapatan dari blog berunsurkan pengiklanan akan menjadi haram sekiranya.
- Iklan tersebut mengandungi unsur-unsur yang haram.
- Pendapatan dari iklan yang diperolehi dengan cara yang salah
- Pengiraan pendapatan yang diperolehi kurang jelas
- Pendapatan diperolehi dengan penipuan
Tak faham?
Meh bro huraikan dengan lebih lanjut.
1- Iklan tersebut mengandungi unsur-unsur yang haram.
Iklan yang mengandungi unsur-unsur haram. Iklan arak atau berbentuk perjudian.
Iklan yang menggunakan cara-cara yang haram dalam mengiklan. Contoh, iklan yang menayang gadis yang seksi-meksi dedah aurat bagai sehinggakan menarik minat untuk mengkliknya.
Jika iklan tersebut bertujuan untuk mempromosi baju atau product pelansingan dan target mereka golongan perempuan. Tetapi yang klik kebanyakan orang lelaki yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai iklan tersebut. Dalam masa yang sama nak cuci mata + dijadikan modal untuk ehem2.
Tak pasal-pasal, free dosa.
2- Pendapatan dari iklan yang diperolehi dengan cara yang salah
Ini yang selalu terjadi dalam dunia blogging dan juga di facebook mahupun di twitter atau dimana-mana.
Dimana kita meminta orang lain mengklik iklan kita dengan syarat kita akan mengklik iklan mereka. Nampak tidak salah di situ dimana win-win situation.
Bagi bro, jika bro menjumpai iklan yang menarik di blog korang. Bro akan klik untuk mengetahuinya.
Tidak perlu rasanya bagi bro, untuk drop komen menyatakan bro dah klik iklan mereka dan meminta mereka mengklik iklan di blog kita.
3- Pengiraan pendapatan yang diperolehi kurang jelas
Pengiraan pendapatan yang kurang jelas menjadikan sesuatu pendapatan tersebut tidak bersih. Anda sebagai tukang promote iklan seharusnya tahu cara pengiraan pendapatan yang anda perolehi.
Sedangkan dalam perniagaan sendiri juga menyatakan pengiraan pembelian dan juga pembayaran yang gitu.
Bagitu juga jika anda hendak meletak ruangan pengiklanan untuk orang lain mengiklan di blog anda.
Bagaimana pengiraan anda.
Cukupkah dengan menyatakan RM100 untuk tempoh sebulan?
Dan bagaimana pengiraan di kira?
Adakah ianya berdasarkan ranking blog anda ataupun trafik yang anda miliki.
Jika anda meletakan RM100 sebulan untuk trafik berjumlah 100k sebulan. Bagaimana jiak dalam tempoh masa iklan dipasang selama sebulan tersebut hanya memiliki 40k trafik sahaja.
Bagaimana dengan pengiraannya?
Fikir-fikirkan.
4- Pendapatan diperolehi dengan penipuan
Tang ini, bro malas nak hurai pepanjang. Memasing dari kecik dah diajar “tak baik menipu” betul x..? Ke anda memang tidak tahu apa itu tipu dan penipuan?
Bro bagi contoh dalam dunia blogging.
Anda mempromosikan advertorial atau iklan sesuatu produk. Sedangkan apa yang anda tulis tidak satupun kena mengena dengan advertorial mahupun iklan tersebut.
Contohnya : “klik sini untuk menglihat gadis ghairah” sedangkan link yang diklik membawa ke laman pengiklanan gadis-gadis yang memperagakan tudung atau shawl.
Sesiapa pun akan berminat untuk mengkliknya.
Bagaimana pula dengan blog yang bertrafik tinggi sehinggakan pendapatannya beribu-ribu sebulan tetapi blognya hanya penuh dengan cerita-cerita gosip atau fitnah.
Bagaimana pula dengan blog atau laman web yang menyediakan kandungan yang dikongsikan secara haram tanpa kebenaran pemilik hak cipta?
Bicara Bro : Duit banyak belum tentu menjamin keberkatan dalam apa-apa yang kita usahakan.
Duit buat manusia lupa halal haram. Duit juga buat manusia lupa tanggungjawab kepadaNya. Duit juga memecah belahkan ikatan kemanusiaan dan menghalangkan kita mengabadikan diri kepadaNYa.
sayang bro..muah muah..ahahha gurau xD
sorry….. bro lebih rela kalau gurl yang muah muah dengan bro…
if bro xtahan leh ajak kahwin… dengan lelaki.. sorry huhuhu
hope ade dapat banyak backlink dari entry ini
:)
haha bro ni orang gurau je la..saye da ade tunang dah la..hahhahaha xDD
wuuu… sweet.
orang yang dah kahwin pun boleh tambah lagi cawangan.. inikan pula yang baru bertunang :)
apa kaitannye..??
saya tak gay saya ok = =
rasenyer kena buat bisness then promot pakai blgo baru halal kot…
bro buat business promote pakai blog ini juga :)
heheheh… skali dapat backlink da… thnx bro!.. :)
sekali huraian padat daripada bro sudah mari… heehe..btul tu bro.. salah sumber, salah cara.. haramlah pendapatan tu..
cuma point no 2 tu along memang stuju.. tapi haram ke tidak?.. em.. along tak rasa ia haram..
cuma Islam tak galakkan umatnya meminta-minta..
kiranya,
minta klik tak haram.. tapi tak digalakkan..
sebab ibarat pengemis *maafkanbahasa along
Hope backlink memberi manfaat kepada along ek..
padat ke..?? xde padat mana pun sebenarnye :) masih boleh dihuraikan lagi…
pengemis hanya meminta tanpa melakukan sesuatu sebagai balasan…
tetapi dlaam kes ini..
dia melakukan sesuatu semata-mata inginkan balasan…
niat sudah tidak menghalalkan cara
Terang dan jelas!
sebab tue blog bro pilih color putih bagi terang orang nak baca…
jika menarik, boleh juga dikongsikan :)
penerangan itu maksudnya…
bukan background hehehe
habis tue…??
jabatan penerangan negara ke..??
Hehe…
Lebih kurang le ni hehe
setuju ngan ulasan2 bro… nak bg muahh..muah.. da x bleh… hahaha….
xpayah la bagi muuuaaahh2x.. bagi la pada sesiapa yang berhak…
if nk olah benda nie dalam blog kamu pun boleh.. tapi jangan lupa back link ke blog bro :)
salam bro…
wah akhirnya soalan sy terpilih hehehe… terharu rasenyer… tq3x
penjelasan yang cukup bgs n tiada was3x lg dr sy…
entri yg sgt bagus n penuh ilmu…
w’salam
maaf amik masa yang lama untuk publish entry ini.. bro dah lama siap karang. cuma memerlukan masa yang sesuai untuk dipublishkan
hope ianya banyak membantu :)
kak zu tak pernah dpt lagi duit dari nuffnang huhuhuhu
:)
Bro dah xdapat dah duit dari nuffnang. Tengah tunggu check terakhir dari dorang :)
aku pun tak pernah dapat…:D
sekarang ni ramai dah berlumba-lumba buat duit dengan blog. tp tu la…halal haram dah diletak ke tempat kedua…yang penting hasil yg lumayan. fikir-fikirkan la…
kalau diletak di tempat kedua ok lagi..
kalau xletak terus tue yang jadi masalah :)
x pernah cashout pun…
cash out ape ek…??
duit hasil iklan la..nuffnang dengan churp2 memang xleh kuar lagi. belum matang lagi…kekeke…says je da cukup.tapi x tau nak wat ape duit tuh…kekeke…
bro says je selalu cash out.. boleh dikatakan tiap2 bulan bro cash out
nuffnang dah tak cash out dah.. last pun hujung bulan lepas
hope by next week nk cash out churp2
love this entry =)
kalau suka… sila like atau kongsikan pada yang lain :)
salam ,, yeah,,ira setuju , lebih baik kalau orang klik iklan kita sebab memang die nak tau lebih lanjut ttg iklan tu,, daripada kita mintak2 suruh klik .:)
w’salam…
betul tue ira :)
lagi satu.. jgn lupa isu iFrame.. ini juga penipuan
sebab tue bro mention “fikir2 la sendiri”
kalau cerita… mahu ramai yang sontap pulak
harapnya diorg pham psal permasalahan ni. nice entry bro. #terbaik
permasalahan ini tetap x akan selesai.. jika tiada kesedaran..
dan bila duit dijadikan perkara utama :)
semuanya hak masing-masing kan.. cuma gunakan pada jalan yang betul.. macam meaw pengguna nuffnang,kan dekat nuffnang tu dah letak content yg kena tick perlukan iklan dr rokok/arak ke takkan… so,semua iklan yg keluar dr nuffnang haram ke jika kita tick ‘no’ pada content/survey … haram jika kita salah gunakan je.. betul tak cara saya bro? last but not least, duit tak boleh bawak mati pon, yang penting usaha gigih kita dengan cara elok… (macam tak kena je komen meaw ni..kalau tak betul tolong betulkan ye bro)
p/s: terabur je ayat meaw ni,huhu…
yup.. memang xkena.. kena amik tuisyen UPSR dengan bro nie…
mmg betul pun… tue baru iklan rokok arak.. belum iklan lain..
ada sesetengah blogger main klik je semua jenis iklan yang dia nak publish di blognya.. sedangkan iklan itu mungkin tidak sesuai untuk dipaparkan
wakakaka! memang kena amik UPSR balik ni,haha! tengs ye bro … nak g nyorok bawah katil lu,hehe :D
amboi.. nak kena babap nie.. orang suruh g tuisyen.. boleh pulaj nyorok bawah katil
yeah..matlamat anda tak menghalalkan caranya..walau katanya untuk mendapatkan pendapatan..suruh orang klik tu taktahan..hehehe..
nasib baik le pendapatan GA aku hasil dari klik yang natural..Google pun bleh syak fraud klik..:D
he..23x jangan ingat nuffnang xleh detect fraud klik…
cuma die malas nk suspen je… kalau suspen die rugi.. cukup la.. die xpayah kira klik tue…
so pendapatan situ pun kabur2 gak jadinya…
orang klik banyak.. tp income sikit… pandai x strategy dorang
itu aku tau lama dah..bese le NN..tak segagah GA lagi..nk je aku tgk NN ni compete ngan Google..YSM pun dah kecundang..:P
isu ni kena pandai2 timbang2 sendri. bro dh bg panduan. terpulang kepada blogger utk nk buat atau x :)
ini bukan panduan.. cuma… eh cuma ape ek…??
cuma perkongsian semata-mata
Sebenarnya syarikat pengiklanan di Malaysia ini prihatin juga, masa isi borang pendaftaran ada option untuk tak benarkan iklan alkohol, rokok dan yang sewaktu dengannya.
Tetapi andai kata kita tak puas hati dengan kandungan iklan yang disiarkan, boleh kita panjangkan kepada Nuffnang dan Advertlets. Saya pernah emel kepada Nuffnang hal ini (sebab salah satu blog yg saya jaga blog agama) dan alhamdulillah tiada lagi iklan yang ‘seksa-seksa’ berulang setakat ini.
baguslah jika anda mempunyai kesedaran mengenai hal ini dan memanjangkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan..
bagaimana pula dengan yang lain.
ini tujuan sebenar entry ini ditulis atas permintaan beberapa orang blogger yang mungkin sedar mengenai perkara ini cuma terasa was-was
pe 2pun terima kasih kerna sudi berkongsi cara tindakan anda
dah tak letak iklan NN..tak femes..susah nak dapat earning..so buang aje le..:D
ermmm ermmm ermmm…
suka entry ttg ni Bro …. sjk ada blog ni , Ain ter tanya2 jugak pasal ni …. terima kasih ada kan entry ni …. Ain share di wall Ain ye Bro …. mintak halal nihhh …… :)
Thank ain.. kalau sharekan di blog pun ok je… bro alu2kan..
hope boleh dikongsikan pada semua…
tetapi masih ada juga yang mempertikaikannya…
bro malas nk cakap lebih2.. bro bukan ariff pasal agama… dalam ini bro bagi simple contoh & juga straight to da point
xde lencong2…
lebih baik strait to d point . simple . takde nak sakit pale mikir lagi …… dah share di wall .
ooooooooooo
terima kasih untuk perkongsian ini :)
sama-sama… hope boleh dikongsikan pada semua :)
insyaallah nanti saya try kongsikan
sokong tang bicara bro tu. kerana duit macam2 hal boleh jadi..tapi takda duit pun susah jugak..
kena la berpada2 jgn smpai yg halal jadi haram,
bila semua bertuhankan duit.. cam tue la jadinye
fikir2kan lah sumer dan selamat beramal..keberkatan yang dicari, buka sekadar riban2..kan bro kan:-)
yup.. betul tue JMR…
ramai yang xkisah pasal keberkatan :)
nak komen gak.. betulkan sy if sy salah.. iklan mr nuff contohnya.. every month iklannya akan berubah2 kan? we never know ape iklan yg akn diletakkn.. contohnya iklan spa ape something tu .. sy tak tau sebab sy tak pasang.. menunjukkan aurat perempuan… so,, dah salah di situ..
kan kita boleh pilih…
nak iklan ape muncul di blog kita… bro dah lupa jenis-jenis iklan yang ditawarkan…
dan kebanyakan orang klik semua jenis iklan.. supaya mereka tidak termiss satu iklan pun..
sekarang tak pk sangat pasal nih, nak blogging jer dah, pk2 pun buat stres buat sedih jer sebab blog bukan letop sgt pun nak jana duit. lainlah cam blog bro.. hheheh
PojiePooh; Hanya Satu…
blog bro biasa2 je…
ini la pun pendapatan bro dalam masa yang sama memarketkan service dan perkhidmatan bro…
xmain ludah2 tang tue
Perkara ini pernah dibincangkan di 2dayblogger.com dulu…read here http://2dayblogger.com/blog/2011/06/15/halalharam-hasil-duit-dari-blog/
Thank Faisal…
wah sekali taiko berbicara huhuu
kena hati-hati jika hasil iklan buat makan sefamili
ramai yang xsedar pasal nie…
bukan hasil dari iklan je.. hasil dari kerja sehari juga perlu dipandang sama
isu gambar? o.0′
Huhuh..pernah guna Ymads.. dalam senarai kenapa haram th, memang ada dalam YMads..sebab tuh dah berenti.. hanya percubaan je..try2..
thanx atas pkongsian ni bro…
Blog ini umpama rumah kita.so pandai kita menentukan rezeki samada halal atau haram.
alamak…iklan kat blog abg ade pompuan seksi :O