Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services
Teringat zaman kecik kecik dulu, main kawin kawin.

Tak sampai setengah jam cerai. Sebab mak panggil balik makan.

Esok, ajak kawin lagi, dia tak mau. Ajak kawan dia, kawan dia pun tak mau juga. Rindu nak main kawin-kawin lagi hahahha

So apa kesimpulan yang dapat anda buat dari cerita diatas?

  1. Kadangkala, pasangan bercerai disebabkan oleh keluarga masing-masing
  2. Perempuan, kalau kita sakiti hati mereka. Mereka akan berdendam sampai bila-bila
  3. Kalau kau sakiti hati mereka, hati kawan-kawan dia juga turut sakit sama.
  4. Bila dah kahwin, rasa nak kahwin lagi hahahha (gurau je)

Pengalaman Berkahwin Lagi
Tapi tak salah pun bila suami cakap nak kahwin lagi.

Sekurang-kurangnya, korang tahu suami korang ini lelaki tulen, dan bukan menguyit / curang dibelakang korang.

Seronok sebenarnya sewaktu Post Wedding Photoshoot yang diaturkan oleh rakan-rakan untuk Bro dan isteri meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-4 di Taman Tasik Perdana.

Terima kasih Memorable Photography Services atas gambar yang menarik ini. Korang boleh usha gambar yang lain di SINI.

Gambar Kahwin Lagi Bersama Memorable Photography Services

Bicara Bro : Zaman kecik-kecik dulu, keliling rumah Bro kebanyakannya budak perempuan. Yang lelaki pun ada sorang je, itupun tak macam lelaki. Sekarang nie dah jadi fashion designer.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter