April 26, 2024

Siemens Malaysia Lancar Program Buku Aktiviti Kanak-kanak “My Train-Ventures”

Siemens Malaysia My Train-Ventures
Siemens Malaysia telah melancarkan buku aktiviti kanak-kanak, “My Train-Ventures,” di NU Sentral.

Pelancaran buku ini sebagai inisiatif kewarganegaraan korporat mereka dalam pembangunan negara melalui peningkatan kesedaran dan pemahaman pengangkutan awam dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Prakash Chandran, Presiden & CEO Siemens Malaysia, diiringi Ben Chong, Ketua Pembangunan Perniagaan Siemens Malaysia.

Acara pelancaran buku ini diadakan bersempenaan pembukaan Fasa 2 MRT Sungai Buloh- Kajang yang baru dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak pasa 17 Julai.

Siemens Malaysia My Train-VenturesMenurut Prakash Chandran, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia,

Kami bersyukur dan gembira kerana berjaya membekalkan kesemua 58 set kereta api automatik ini dalam masa yang singkat seiring dengan sistem rolling stock.

Pelancaraan Perdana Menteri awal minggu ini telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting kerana kita telah mencapai tahap di mana orang ramai dapat menggunakan pengangkutan moden yang
pantas, dipercayai, cekap dan selesa untuk mereka
.”

Buku Aktiviti “My Train-Ventures”

Siemens Malaysia My Train-Ventures
Buku aktiviti “My Train-Ventures” ini dihasilkan untuk tiga kumpulan usia berbeza dan ia mengandungi ilustrasi menarik dan cerita yan menghiburkan yang pasti akan mendatangkan pengalaman pembelajaraan yang unik.

Ia menggabungkan pengembaraan imaginatif dengan unsur-unsur keseronokan yang mentransformasikan pengalaman pembacaan kanak-kanak.

Sempena perasmian ini, Siemens Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti menarik khas untuk kanak-kanak seperti aktiviti mewarna, cabaran Sudoku dan pertandingan “Build Your Own Train.”
Siemens Malaysia My Train-Ventures
Semasa pembukaan Fasa 1 pada akhir Disember lalu, beberapa aktiviti telah dianjurkan. Walau bagaimanapun, untuk Fasa 2 kali ini, kami memutuskan untuk melakukan sesuatu yang sedikit berbeza dengan menggunakan pengeluaran buku aktiviti kanak-kanak sebagai tema utama dalam menyebarkan kesedaran pengangkutan awam moden,” – Prakash Chandran

Para hadirin yang hadir juga turut menerima buah buku “My Train-Ventures” yang edarkan oleh pihak Siemens Malaysia.

Siemens Malaysia juga telah mengumumkan yang ia akan membuat tawaran untuk projek tren berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dipercayai akan menjadi pemacu pertumbuhan baru menghubungkan kedua-dua negara ini serta membawa potensi pembangunan yang besar seiring dengan perubahan landskap perjalanan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Siemens Malaysia Lancar Program Buku Aktiviti Kanak-kanak “My Train-Ventures”

  1. Event yang sangat bagus dan mencerdaskan … Ini kiranya perlu ditiru oleh perusahaan-perusahaan lain yang akan launching product nya

Leave a Reply to Rima Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *