Bagi pengguna perkhidmatan AirAsia & AirAsia X.
Anda kini boleh menikmati menu terbaru iaitu Kamal’s Mee Goreng Mamak di dalam pesawat dan semasa proses pra-tempahan (pre-order) bagi kedua syarikat penerbangan tersebut.
Anda boleh menempah hidangan ini dalam kesemua penerbangan yang berkod AK, tempahan boleh dilakukan secara atas talian di www.airasia.com
Sebelum ini AirAsia telah memperkenalkan hidangan Nasi Lemak Pak Yasser serta Nasi Ayam Uncle Chin, kini Kamal’s Mee Goreng Mamak pula menjadi menu terbaru bermula 1 November 2013.
Gabungan terbaik mee, dengan daging dan ayam, hirisan kek ikan, tauhu, telur, dan sayur kobis. Dengan hanya RM12 sahaja untuk pembelian dalam pesawat atau pra-tempahan (termasuk air mineral 100ml)
Selain Kamal’s Mee Goreng Mamak , AirAsia juga memperkenalkan dua hidangan yang baru bagi menu bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimewa Krismas Roast Chicken With Cream Sauce.
Hidangan Roast Chicken With Cream Sauce anda boleh dapatkan dengan harga RM12 (air mineral 100ml) bagi pra-tempahan atas talian dan RM15 dihidangkan bersama 325ml Coke.
Spicy Tuna Wrap pula pada harga RM9 (pra-tempahan) di atas talian, atau RM10 diatas pesawat.
Bicara Bro : Berita baik, anda boleh menikmati Nasi Lemak Pak Yasser pada harga RM10 (bagi masa terhad)
Bestnya… dapat pekena Kamals mee goreng mamak dekat Air Asia… Satu promosi yang menarik… Melalui cara ini boleh perkenalkan makanan menarik di Malaysia kepada pelancong luar negara…
Bro tengah fikir… Mee Goreng Mamak ini, adakah ianya berasal dari Malaysia or dekat negara asalnya memang ada?
lawanya model mee mamak kat atas tu.hehehe..
eh..sedap la mee tu.. :P
Berkenan ke? Bro tak mampu nak sara hidup pramugari he..23x
Mee goreng mamak.Terbaik da..
Try la if naik Air Asia nanti :)
Dahsyat, sekarang ini sudah boleh pesan Mee Goreng Mamak.
Perkenalkan menu Malaysia… Selamat roti canai belum ada lagi.. Baru nk order, terus cakap siappp..!!!
mak ai.. harga atas udara mmg cenggini ek
Yup.. cuma tiada GST or ape2 tax… fix price…
Femes erk kamal ni…hehehe…dah cuba dah…boleh tahan la..tp x sesedap nasi lemak Pak Nasser….
Nampaknya tahun depan lah baru nak merasa set menu baru ni…
Tahun depan tue bulan berapa ek kikie?
Tiap2 bulan kowt hehehe..
sebab parents dah transfer labuan…
so gigih lah balik sana… heheheh
tgk mee goreng ini btl2 dah memikat hati.. :D
Jom perkena Mee Goreng Mamak petang ini?
Wow… seriously?? Nampak sangatlag lama x naik Air Asia…. Saya tau Air Asia famous for Nasi Lemak and Nasi Ayam! Thanks for the info-)
Ini menu terbaru mereka…. Jika dapat banyak sambutan, menu ini akan dikekalkan seperti nasi lemak dan nasi ayam sebelum ini.
tak pernah naik flight lagi….so bila di daratan kat mana boleh rasa
kamals mee goreng mamak?
Try cari dekat Kamal’s Nasi Kandar.. Kot2 ada he..23x
lyeen pernah rasa bro nasi lemak tu..hehe..sbb naik air asia jrg beli mkanan..ehhehe..:p
Kalau LONG DISTANCE punya penjalanan kenalah order makan…. kalau setakat setengah jam …layan tido jeee….