May 19, 2024

Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet
Sedar tak sedar laman web membeli belah atas talian terbesar di Malaysia, Mudah.my Sdn. Bhd. kini meraikan ulang tahun ke-9 pada bulan ini.

Sempena meraikannya, mereka telah menghasilkan satu video muzik yang menampilkan artis tempatan seperti Altimet, Sasi The Don dan penyanyi baharu sensasi, Maya Hanum.

Mudah.my kini menjadi platform jual beli dan carian atas talian yang menghimpunkan hampir apa saja barangan daripada kereta hingga kamera, hartanah hingga haiwan peliharaan, telefon bimbit hingga motosikal, kelengkapan senaman hingga buku teks, basikal hingga katil, gitar hingga set golf, tanaman hingga mesin cetak, jam hingga mesin basuh, tayar hingga peranti tablet, pakaian hingga dram, kasut hingga kedai, barangan pengumpul hingga komputer, pekerjaan dan banyak lagi.

Mereka sememangnya sentiasa mencari cara pendekatan yang unik supaya dapat dekat dengan pelanggan-pelanggannya. Apatah lagi Altimet sendiri sebagai penyanyi rap dan pencipta lagu sudah lama menjadi pengguna setia Mudah.my.

Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet

Mulanya memang nampak macam pelik apabila kami bekerjasama dengan artis rakaman.

Bagaimanapun, segalanya akan jelas sekiranya kita sedar dengan matlamat penubuhan Mudah.my, iaitu menyentuh kehidupan rakyat Malaysia dengan cara yang begitu bermakna, di mana kami menyediakan setiap orang, terutama individu dan usahawan muda dengan platform yang memberikan peluang sama rata untuk masing-masing meneroka nilai barang yang mereka ada,” – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mudah.my, En. Gaurav Bhasin.

Memang Mudah – Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

Lagu Altimet, ‘Memang Mudah’ menggalakkan pemuzik baru supaya mengambil langkah mula dalam merealisasikan impian mereka.

Menurut En. Gaurav Bhasi lagi,

Dalam industri muzik, perjalanan profesional seseorang bermula dengan memiliki instrumen muzik betul yang membolehkan mereka mengasah bakat sendiri.

Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet

Mudah.my ialah medium terbaik yang membolehkan anda membeli instrumen muzik terpakai berkualiti, dan pada masa sama berkenalan dengan mereka yang berkongsi minat sama.

Mudah.my membantu merealisasikan impian anda

Altimet Kongsi Pengalaman Menggunakan Khidmat Mudah.my

Pengalaman Altimet sebagai salah seorang pengguna Mudah.my sejak sekian lama membuatkan mesej dan lirik lagu yang dihasilkan kedengaran lebih jujur.

Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet

Kami juga bekerjasama bersama Pengarah Kreatif dan penyanyi-penulis lirik, Sasi The Don, bagi menghasilkan lirik untuk lagu yang turut memaparkan Maya Hanum. Sebagai seorang penyanyi semakin menonjol menggegarkan industri muzik Malaysia, dia adalah contoh terbaik untuk para pendengar lagu ini.

Terdapat banyak sumber yang ada untuk anda tetapi anda hanya boleh memanfaat sumber itu jika anda mencarinya. Apabila anda melawat sebuah laman web yang pelbagai seperti Mudah.my, anda cenderung untuk meninjau perkara yang menarik perhatian dan relevan kepada diri anda.

Bagi saya, ia adalah peralatan muzik dan kategori TV/ Audio. Anda boleh cari semua yang diperlukan untuk mengilap bakat dengan set keperluan paling asas dan semuanya pada nilai terhebat.

Saya baru sahaja membeli sebuah piano elektrik melalui Mudah.my dan mengambil kelas untuk mengasah skil bermain piano. Paling penting, kita semua perlu selalu belajar dan bermula dari bawah, benar?

Ulang Tahun ke-9 Mudah.my bersama Altimet

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Ulang Tahun Ke-9 Mudah.my Bersama Altimet, Sasi The Don & Maya Hanum

  1. 9 tahun dah yer umur Mudah.my ni, dulu permulaan mereka simple jer laman web sekarang dah canggih dan lebih menarik siap ada aplikasi di hp lagi.

    Semoga terus maju dan bertahan dalam memberi khidmat terbaik pada semua pengguna.

  2. Susah nak tengok website mudah guna wifi kat opis..banyak website kena blocked..pelik facebook x plak…biasa SA tgok iklan bilik sewa je kat Mudah..tak pun tgok iklan kereta terpakai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *