April 27, 2024

Diskaun 12% Ramadan Buffet 2016 di De Palma Hotel, Kuala Selangor

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor
De Palma Hotel Kuala Selangor menyajikan pelbagai jenis hidangan yang bersesuaian dengan selera dan citarasa anda dengan tema Sajian Selera Desa.

Disediakan sajian juadah berbuka puasa yang istimewa berkonsepkan ala gerai dan buffet dengan pelbagai pilihan.

Kehadiran kami di sini, disambut oleh aroma kambing bakar yang tersedia dihadapan pintu masuk. Pasti memikat selera untuk anda berbuka puasa di sini.

Masakan-masakan yang istimewa khas untuk anda dengan cara dan konsep yang berbagai untuk setiap hari dengan sajian gabungan selera ala kampong, mamak, selera pantai timur dan ala barat.



Jika anda ingin berbuka puasa di Kuala Selangor bersama keluarga, rakan-rakan mahupun rakan sekerja?

Bro cadangkan anda memilih De Palma Hotel, Kuala Selangor yang merupakan peneraju hotel yang berlandaskan syariah serta mempunyai sijil halal.

Sesuai untuk dijadikan pilihan terbaik lokasi berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadhan dimana anda boleh menikmati diskaun hingga 12% sewaktu membuat tempahan dengan menyatakan anda dapat maklumat ini dari “BLOG Bro Framestone“.

Iklan : Diskaun 12% Ramadan Buffet 2016 di De Palma Hotel, Shah Alam.

Setiap gerai yang dibina berkonsepkan ala Moroccan.

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Antara gerai yang disediakan adalah gerai “Kambing Bakar” yang di salut dengan rempah ratus dan dipanggang khas sempena bulan Ramadan ini.

Bagi menambahkan lagi selera anda, juga tersediakan ‘Ayam Bakar Pak Wakil’ yang dimasak dengan cara yang istimewa.

Hidangan istimewa yang lain adalah di Gerai Kuey Teow yang dimasak secara ‘ala minute’ oleh Chef yang sedia terhidang di kuali panas.

Selain itu, tidak lupa juga terdapat gerai goreng-goreng panas seperti goreng pisang, keledek dan sukun.

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Gerai Ikan Bakar daun pisang juga antara tarikan dan pilihan sajian di bulan Ramadan ini.

Terdapat juga gerai Mee Rebus, Steamboat celup-celup, Roti John, Roti Canai, Lempeng, Spaghetti, Gulai Kawah dan ABC. Di samping itu, tidak ketinggalan juga menyajikan teh tarik dan minum-minuman manis untuk santapan sambil anda berbual.
Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Sudut pencuci mulut pula menyajikan pelbagai sajian seperti kurma, kuih-muih dan buah-buahan.

Sambil berbuka puasa kami juga telah menjemput artis Iwan Syahman (Iwan Dangdut) pada setiap hari Rabu dan Khamis untuk menyanyikan lagu berbentuk dakwah bagi menyerikan lagi suasana berbuka puasa anda.
Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor
Lempeng in the making

Salah satu gerai yang Bro aim selain gerai kambing bakar.

Harga Istimewa De Palma Hotel Kuala Selangor

De Palma Hotel Kuala Selangor juga menawarkan pakej dan potongan harga istimewa yang berpatutan di sepanjang bulan yang mulia ini seperti berikut :

  • ‘Istimewa Ramadhan’- Promosi bilik RM200.00 (Superior twin sharing) termasuk hidangan bufet dan sahur untuk 2 orang.
  • Untuk keselesaan anda berbuka puasa di bulan ramadhan ini, mereka menawarkan RM 130.00 bersih untuk 1 bilik penginapan (5.00 petang – 10.00 malam) termasuk bufet ramadhan untuk 1 orang..
  • Harga istimewa untuk Qiamullail 10 malam terakhir hanya RM100nett (10.00 malam hingga 8.00 pagi) termasuk bilik penginapan dan sahur untuk 2 orang.
  • Bilik penginapan dengan sahur atau sarapan pagi pada harga RM120 bersih untuk 2 orang.
  • TEMPAHAN BERKUMPULAN – Potongan harga istimewa bagi tempahan yang melebihi 10 orang daripada syarikat atau persatuan.
  • MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM – Bagi yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, anda ditawarkan harga yang paling istimewa dan berpatutan iaitu hanya RM20 bersih seorang bagi kanak-kanak dan RM40 bersih seorang bagi dewasa. Anda hanya perlu menyatakan tarikh dan segalanya akan diuruskan oleh pihak De Palma Hotel Kuala Selangor.

Ramadan Buffet De Palma Kuala Selangor
Nampak macam menyelerakan.

Antara menu mereka yang Bro telah rasa – Patin masak tempoyak, terung sambal, peria dan telur itik masak lemak cili api.

Memang favorite Bro.

Harga Bufet Ramadhan di De Palma Hotel, Kuala Selangor

Harga Bufet Ramadhan di De Palma Hotel, Kuala Selangor adalah harga RM 49.90 (dewasa) dan RM 25.00 (kanak-kanak).

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Cik Rosmawati Saidin atau Cik NurHasni Said di talian 03-3289 7070 atau faks 03-3289 7080. Anda juga boleh membuat tempahan melalui laman web www.depalmahotelonline.com.

PERINGATAN : Sebut nama “BLOG Bro Framestone” untuk menikmati diskaun sebanyak 12% (Tahun 2016) sewaktu membuat tempahan.

Selamat berbuka puasa.



Booking.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “Diskaun 12% Ramadan Buffet 2016 di De Palma Hotel, Kuala Selangor

Leave a Reply to Michelle Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *