Bazar Ramadan Kelana Jaya, mengimbau kenangan lama sepanjang menjadi warga disini diantara tahun 2005 – 2012 (Sebelum kahwin).
Banyak yang dah berubah, lebih meriah dari biasa.
Ada juga peniaga yang Bro kenali, dan ada juga muka-muka baru.
Tidak lupa juga pengunjung yang datang… Ada beberapa muka lama, dan selebihnya memang la bro tak kenal (Gila apa kenal semua orang satu bazar yang datang hahahaha).
Terima kasih kepada beberapa orang kenalan yang sudi tegur Bro.
Maaf rakan-rakan yang Bro terlupa nak bergambar sama. Tak menjangka akan temui orang yang Bro kenal di sini.
Walaupun Bro datang agak awal (4.30 pm), beberapa gerai baru nak setup untuk berniaga, tetapi agak ramai juga pengunjung yang datang.
Waktu Bro duduk disini dulu.
Kul 7 malam baru Bro jenjalan dekat bazar, kenkadang ada rezeki dapat harga murah or dapat free. Lebih best, bila tak sempat nak balik rumah, so join berbuka dengan peniaga bazar bersama-sama.
Rindu saat ini….
Rindu segala kenangan bila berada di sini.
Disini Bro kongsikan beberapa gerai yang sempat Bro singgah sewaktu datang ke Bazar Ramadan Kelana Jaya ini.
Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya
Milik kenalan Bro sewaktu zaman Universiti (kami study di Kelana Jaya juga). Dari tahun lepas Bro perasan mereka mula berniaga di bazar ramadan sini.
Selain bulan Ramadan pula,
Mereka rajin berniaga disana-sini. Boleh dikatakan setiap hari mereka berniaga & kadangkala buat katering dikawasan sekitaranya. Murah rezeki suami isteri dan keluarga.
Dengar cerita member Bro ini, pensyarah. Wow…!!!
Apa yang menariknya di gerai Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya ini?
- Nasi Briyani Sayang + Kambing Briyani = RM13
- Nasi Briyani Sayang + Daging Briyani = RM 13
- Nasi Briyani Sayang + Ayam Briyani @ Ayam Merah = RM 10
Gerai mereka merupakan gerai pertama di Bazar Ramadan Kelana Jaya.
Sekiranya anda datang ke sini. Masuk-masuk bazar je dah jumpa gerai mereka ini.
Untuk khidmat katering, anda boleh hubungi nombor 019-373 1978 (Mention nama Blog Bro Framestone, mana tahu ada free gift he…23x)
Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya
Tidak jauh dari gerai Nasi Briyani Sayang Kelana Jaya, terdapat gerai Nasi Tomato Sayang Kelana Jaya.
Dimiliki oleh orang yang sama juga, tahun ini dia dapat 2 tapak cuma tapaknya agak jauh sedikit dari tapak yang pertama.
- Nasi Tomato Sayang + Ayam Merah = RM6
- Nasi Tomato Sayang + Daging hitam utara style = RM7.50
Bukan senang nak jumpa daging hitam utara style dekat area KL.
Gerai Masakan Nogori 9
Bagi sesiapa yang mengidam masakan orang Negeri Sembilan, meh singgah ke gerai ini.
Gerai ini milik mak angkat Bro, dari 2005 hingga sekarang masih setia berniaga di sini. Dulu rajin beno Bro lepak kedai dia berbuka sama.
Bagi anda yang punyai kesempatan, meh singgah.
Antara menu yang dijual di sini :-
- Ghondang Kerang
- Ayam Masak Merah
- Ayam Ghondang Cili Api
- Daging Ghondang N’gori
- Ghondang Limpa
- Ikan Koli Belado
- Udang Masak Sambal
- Lampong Goreng Belado
Dan banyak lagi,
Rambang juga mata Bro tengok lauk pauk yang dijual di sini.
Jika dulu (zaman bujang) hampir tiap-tiap hari beli dekat sini, dan fav Bro….. semestinya gulai tempoyak pucuk paku + petai .
huih nampak sedap belaka..kalau kat bazar yang famous2 nih memang boleh kasi rambang mata
Nama beryani sayang..unik gak nama tu..
Nak lagi unik, “beryani sayang awak 200%”
nasi beriyani .. fuhh memang feveret… dekat sini susah nak cari nasi beriyani time bulan puasa..
Hang dok mana ek?
Terima kasih sudi review kami ????. Kami di sayang food & catering sedia menerima tempahan & menawarkan free consultation untuk anda dengan masakan keistimewaan kami , Nasi Briyani Sayang !!
Sila hubungi 0193731978-Fara untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Terima kasih sudi review kami ????. Kami di sayang food & catering sedia menerima tempahan & menawarkan free consultation untuk anda dengan masakan keistimewaan kami , Nasi Briyani Sayang !!
Sila hubungi 0193731978-Fara untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
Memang menu terbaik dan menyelerakan.
Time posa.
Apa. Apa menu boleh menyelerakan..
Tetapi Nasi beriani sayang lebih menyelerakan.
memang menyelerakan makanan yang dijual. beriyani kambing memang feveret tu.
patutlah sampai 3 bungkus tapau haha
Hahahah 3 bungkus untuk anak isteri.. Bukan untuk sorang makan tau