Alhamdulillah, Tahun ini berkesempatan untuk hadiri majlis berbuka puasa di Wisma Metrowealth bersama penghuni dari Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Taman Medan.
Terima kasih kepada staf Metrowealth (MIG) Kerana sudi menjemput Bro setiap tahun untuk berbuka puasa bersama-sama.
Boleh dikatakan setiap tahun Metrowealth (MIG) mengadakan majlis seperti ini.
Jika Bro berkesempat, insya’lah Bro akan hadir dan turut serta menjayakan majlis ini.
Turut hadir beberapa rakan artis yang merupakan MIG Talent, meluangkan masa melayan tetamu yang hadir.
Kalau ikutkan,
Ini bukan satu-satunya majlis berbuka puasa yang diadakan oleh MIG pada tahun ini.
MIG turut menganjurkan beberapa majlis berbuka puasa bersama golongan yang kurang berkemampuan, antara rumah kebajikan yang terlibat adalah :-
- Rumah Bakti Nur Syaheera (Cheras)
- Rumah Penjagaan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas (Puchong)
- Rumah Bakti Al Kausar (Bandar Baru Bangi)
Program seperti ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dari pihak MIG terhadap golongan yang memerlukan selain dapat memupuk kesedaran / sikap mengambil berat tentang masyarakat sekitar.
“Ini sebenarnya merupakan satu peluang untuk menjalinkan kemesraan serta merapatkan jalinan ukhwah diantara artis, anak-anak kurang berkemampuan serta staf MIG yang lain”
Tetamu yang hadir dihiburkan oleh rakan artis yang hadir dan turut menerima duit raya dari Mejar (K) David Teo yang mampu menambahkan senyuman diwajah mereka untuk menyambut hari raya yang bakal menjelma.
Beberapa keperluan asas turut diserah kepada wakil Persatuan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Taman Medan.
Apa-apa pun moga Ramadan kali ini, lebih bermakna kepada semua rakan-rakan.
Jika ada salah & silap selama ini, harap dimaafkan. Sepuluh jari disusun memohon kemaafan kepada semua. Moga kita dapat bertemu lagi di Ramadan akan datang.
Bicara Bro : Terima kasih Mr. David Teo atas duit raya tahun ini. Tiap tahun, tak pernah miss duit raya dari beliau.
Diharap tahun ini, lebih banyak projek dapat kita usahakan bersama ;)
syok la tiap2 thn dpt duit raya tu…hehe
Alhamdulillah rezeki, lagipun sejak tahun 2011 Bro berkerjasama dengan MIG hingga kini.
assalamualaikum bro…tahniah bro..bestnya setiap tahun mesti ada kerjasama dgn David Teoh ni.
Harap kerjasama yang sedia ada berterusan…
Wah.. Ada David Teo..
Mesti best event nie..
Banyak retis..
Biasa-biasa je.. raikan anak yatim 7 ibu tunggal semperna Ramadan ini :)
Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. Rezeki jgn di tolak, musuh jgn di cari gitchuw.
Bro xminat nk bermusuhan dengan sesiapa :)